🍃Luahan Taehyung

2.2K 167 9
                                    

BLACKSTAR HIGHSCHOOL

"Dongsaeng~ ingat tau rancangan kita!"

"Okey!" Balas Minjae serentak menaikkan ibu jari.

🖤

KELAS 3 ROSE

Suasana kelas yang senyap sunyi, semua pelajar mengerjakan nota yang tercoreng di papan putih di hadapan sementara Sir Kook memerhati dari meja guru.

"Sir!" Panggil Minjae serentak mengangkat tangan.

"Boleh saya nak pergi tandas?" Soal Minjae sambil mengelatkan muka tanda sudah tidak tahan seperti hendak terkucil.

"Boleh! Tapi masuk cepat sikit, siapkan kerja." Tegas Sir Kook.

"Nae!"

Keluar sahaja dari kelas, Minjae bergegas menyeludup masuk ke dalam studio BTS. Matanya dapat melihat susunan locker ahli-ahli BTS.

Baru sahaja tangannya ingin mencapai locker yang tentera tag nama JUNGKOOK, tiba-tiba dia terasa ada seseorang yang melintas dibelakangnya ke pintu keluar.

Minjae pantas berpaling. Namun, tiada sesiapa.

"Siapa tu?" Soal Minjae. Namun suara masih dikawal perlahan.

Tiada suara yang menyahut menyebabkan Minjae mengorak langkah berwaspada ke arah pintu keluar. Dia memaling ke kanan, koridor kosong. Kemudian, dia berpaling ke kiri dah SEOKJIN?!

"Choi Minjae? Buat apa dekat sini?" Seokjin bertanya hairan.

"Tak buat apa-apa pun! Saja lalu dekat koridor ni, ambik pengalaman. Budak baru pindah kan.." , Minjae menukar topik.

"Owh..okey!" Ringkas respon Seokjin.

"ermm.. Minjae pergi naik kelas dulu, ya! Bye ^^ " Dia pun beredar.

🖤

DI KELAS

Minjae termenung sendiri. Fikirannya melayang kepada keluarganya di alam kayangan. Amanah yang diberikan oleh ayahdanya kepada mereka berdua amat berat dirasakan dan agak mustahil untuk berjaya.

Minjae dan Minho dihantar untuk mencari namsaeng mereka yang telah diculik dan dibuang di bumi oleh Queen Zutter. Dan, masalahnya sekarang, kejadian itu berlaku berpuluh-puluh tahun yang lepas menyebabkan wajah si Prince Charming itu sendiri sudah hilang dari radar ingatan. Fuh~

"Manalah kau ni budak?" Omel Minjae sendiri.

"Awak cari saya erk?" Soal V dari sebelah. Entah turun dari ke budak ni.

"Eh, V! Terkejut saya. Awak buat apa dekat sini?" Soal Minjae kembali.

"Menari! Hahahaha.. takkan ar an! Saya cari awaklah." Balas Taehyung. Sempat lagi dia menyelitkan lawak bodoh di situ.

"Hah? Kenapa cari saya?"

"Jom keluar! Makan malam." Pelawa Taehyung bersungguh.

"Bila?"

"Malam ni! Please, I have something to tell you." Rayu Taehyung sambil merapatkan tapak tangan kiri dan kanannya.

"Okey, malam ni saya datang rumah awak. Sebelum jam 12 malam, saya kena balik tau!" Pesan Minjae.

"Jangan risau! Saya akan uruskan. Thanks." Ujar Taehyung. Berpuas hati.

Dari kejauhan Jungkook memerhati dan menghendap dengar perbualan mereka berdua.

"Owh.. Kau keluar tak ajak aku, V! Ingat aku akan biarkan kau dengan Minjae. Sorry my beloved hyung~" , ujar Jungkook sendiri. Dia tersenyum acah-acah jahat. Ada mentol lampu yang menyala terang di atas kepalanya.

🖤

STUDIO APINK

Gadis itu menghentak meja dengan wajah kesal dia menoleh ke arah kawan sekumpulannya yang turut berada di situ.

"Aku akan pastikan Jungkook dan yeoja baru tu tiada apa-apa hubungan istimewa pun!" Gertak Chorong

"Tapi macam mana?" Soal Bomi.

"Entah! Aku pun malas dah nak fikir pasal hal ni." Celah Nayeon.

"Nae, lagipun dah banyak cara kita buat untuk rebut hati Jungkook untuk Chorong! Tapi semuanya gagal." Celah Kay.

"Aku malas dah nak masuk campur." Ujar Eunji sambil mengangkat tangan tanda mengalah.

"Kami pun!" Jawab yang lain pula serentak.

"What dek--" , Chorong geram.

"Kalau korang tak nak tolong, takpe! Aku boleh buat sendirilah!" Bentaknya sebelum beredar pergi dengan menghentak kaki kuat tanda memprotes.

"Kau ingat aku senang-senang boleh lepaskan kau? No way! You are mine till I died!" Bebel Chorong masih berjalan dengan geram.

"Kau nak Jungkook, kau kena hapuskan Minjae." Tegur seseorang berhoodie hitam dan bertopeng muka putih. Acah-acah Encik Mimpi!

"Kau siapa? Macam mana kau tahu yang aku nakkan Jungkook?" Soal Chorong. Agak hairan.

"Kau kena ikut rancangan aku." Balas lelaki misteri bertopeng itu lantas membuka topengnya. Bibirnya tersenyum sinis.

"Eh! Kau?!" Soal Chorong agak terkejut.

"Jangan bagitahu identiti aku dekat sesiapa atau kau akan mampus." Ugut lelaki itu.

Chorong menelan air liur.

"Sekarang aku nak kau ikut aku lenyapkan Minjae dan Minho dari BlackStar Highschool." Ujar lelaki itu lagi.

"Apa rancangan kau?"

Mereka saling bertikam pandang.

🖤

RESTORAN

Minjae dan Taehyung mendudukki meja yang ditempah khas oleh Taehyung. Meja berlapikkan kain berwarna merah. Dan, lilin berbentuk hati.

Manakala , Jungkook yang mengikuti mereka secara tersembunyi berada di meja di belakang Taehyung dan muka ditutup dengan buku menu. Meng'skodeng'.

"Minjae! Awak janganlah buat muka macam tu." Kata Taehyung tiba-tiba.

"Huh? Muka macam mana?" Soal Minjae agak blur dengan situasi.

"It's okay! Saya lupa. Awak buatlah apa-apa reaksi pun tetap comel~" , balas Taehyung. Itu mungkin pickupline tapi agak macam HAMBAR.

"Wekk! Acah romantik pula mamat sewel ni!" Bisik Jungkook sendiri.

"Minjae sshi~ awak pernah suka dekat sesiapa tak?" Soal Taehyung.

"Eh! Semua orang saya suka. Saya tak pernah benci sesiapa. Eh! Kecuali Prince Zutter dari Negeri Kyle." Ujar Minjae dengan serius.

Taehyung mengerutkan dahi.

"Wait! Ada ke nama negeri itu? I don't think so but for me you always right, yay!" Ujar Taehyung. Minjae hanya mendengar walhal sepatah haram jadah pun dia tak faham.

"Balik kepada soalan saya tadi. Suka yang saya maksudkan dekat situ, suka macam cinta?" Tanya Taehyung lebih jelas.

"Ooo..memanglah ada!" Balas Minjae. Mula malu-malu macam kucing miang.

"Boleh saya tahu siapa?" Soalnya sedikit berhati-hati.

"Alah, orang depan saya tu lah!" Balas Minjae sambil bermain dengan hujing cari telunjuknya. Acah malu ar.

Taehyung mula berasa dirinya yang dimaksudkan kerana meja yang mereka duduki hanya ada dua kerusi yang bertentangan. Maknanya?

"Means,awak cintakan.."

"Kookie!" Potong Minjae sambil menunding jari ke arah manusia yang berada di belakang Taehyung.

"Mak aih!" Terkejut beruk Jungkook. Hampir terbang buku menu tadi.

Wajah Taehyung bertukar kelat dan kecewa. Hancur harapannya. Minjae cinta Jungkook dan bukan sirinya? Getus sayu hati Taehyung.

MY PRINCESS +BTSWhere stories live. Discover now