9
Studio BTS
"Aku dah cakap, Minjae tu bukan perempuan baik. Dia ada muslihat tersendiri. Mulai sekarang aku takkan benarkan junior-junior kita dekat dengan dia. Terutamanya Jungkook!" Tegas Namjoon.
Dia sebenarnya bimbang dengan keselamatan tiga junior-nya yang poyo itu. Sebab dia sayangkan mereka walhal tak ditunjuk.
"Tulah pasal! Mencuri kot. Macam tak percaya Minjae buat!" Sambut Minyoongi.
"Tapi, macam mana kau betul-betul yakin?" Soal Seokjin.
"Tak penting pun aku jawab soalan kau tu!" Balas Namjoon dalam keadaan bengang.
Otaknya tidak dapat membuat kesimpulan. Apa yang harus dielak dan apa yang perlu dibuat.
Keluar sahaja dari studio BTS, lengannya ditarik lagi sekali. Persis seperti hari itu. Tempat yang sama. STOR.
"Auch! Kau ni kan! Boleh tak tegur aku baik-baik sikit! Tak payah nak tarik-tarik mengejut macam ni! Lagi satu, tak perlu nak senyap-senyap, apa susah jumpa terus dekat kedai mamak ke! Bolehkan pekena teh tarik." Leter Namjoon.
"Dah habis cakap?" Soal gadis bertopeng itu.
"Eh! Kau ni siapa sebenarnya? Aku takkan percaya kaulah! Mesti kau pun ada muslihatkan? Entah-entah, kau ni bersubahat dengan si Minjae tu kan?" Tuduh Namjoon.
Gadis itu pun membuka topengnya. Tidak tahan dengan leteran si monster di hadapannya.
"Kau?! Cho..Chorong!" Namjoon kaget. Mustahil!
"Ya! Aku Chorong. Dan, aku nak memperkenalkan.."
Seseorang lelaki berjaket hitam. Kemas digandingkan dengan seluar dan sekali dengan kasut hitam. Pergh!
"Prince Zutter." Lelaki itu memperkenalkan diri.
Suasana sunyi sebentar sebelum tiba-tiba Namjoon ketawa terbahak-bahak.
"HAHAHAHAHA! Kau Seong Woo kan?" Soal Namjoon. Cuba menahan ledakan tawa.
Mana tidaknya terburai tawanya apabila mendapati lelaki yang terkenal dengan sikap pendiam, nerd, kayu, antisosial dan membosankan itu berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan.
Ingat lagi dia, sewaktu dia melalui kelas lelaki itu pada tempoh hari. Naik loya dia melihat lelaki itu terbongkang di atas meja sendiri. Sambil air liur meleleh keluar dengan kenyal hampir mencecah lantai.
Tidak cukup dengan itu, si lelaki acah hipster di hadapan ini juga tak pandai bersukan. Pernah terkencing di dalam seluar apabila Sir Kook menyuruhnya bermain bola keranjang.
"Puih! Acah hipster. Kaulah yang selama ni tarik-tarik aku?" Soal Namjoon dengan sisa tawa yang masih berbunyi.
"Aku nak bagitahu kau sesuatu." Ujar Seong Woo. Namun, Namjoon hilang fokus terhadapnya dan masih ketawa dengan lawak hambarnya.
Mulut Seong Woo mula terkumat-kamit membacakan sesuatu menyebabkan tawa Namjoon tidak berbunyi lagi.
Suasana kian sepi. Namjoon terkedu. Dia menjerit sekuat hati. Namun, suaranya tetap tidak keluar.
"Kau percaya sekarang?" Soal Chorong sambil memeluk tubuh. Muka serius.
Namjoon membalas dengan anggukan laju.
Seong Woo pun memetik jari.
"Bah! Sakit tekak aku menjerit. Okey! Aku percaya. Tapi korang nak apa?" Tanya Namjoon. Mula ketakutan.
"Aku nak kau tolong kitorang hapuskan Minjae dan Minho. Itu pun kalau kau tak nak Jungkook, V atau sesiapa sahaja antara korang yang mati!" Jelas Seong Woo.
"Huh? Aku tak faham. Maksud kau?" Soal Namjoon.
"Betul kau nak tahu?" Tanya Seong Woo kembali. Namjoon meneguk air liur sebelum mengangguk.
*
*
*
*Slide >>>
YOU ARE READING
MY PRINCESS +BTS
Fiksi Penggemar『✿』First Impression korang apabila aku cakap seorang ahli BTS ni adalah seorang Putera Raja yang hilang ? 『✿』Weih ! Fikir logiklah, ada ke putera yang Swag macam Minyoongi? Mengarut bercakap macam Namjoon? Ter-overdose gedik macam Hoseok? 『✿』Taehyun...