"Kau dekat mana?"

297 5 0
                                    

"Kau dekat mana? Teman aku malam ni, Bun."

Aku pandang skrin phone aku lama. Aku belum tidur lagi dan aku fikir, takkan aku nak balik lewat lagi, hari ini.

Dengan perlahan aku reply, "okey jumpa nanti, ambil aku dekat KL Sentral."

Itu tempat pertama kami berjumpa, maksud aku, aku kenal dia dan dia kenal aku masa aku mess up gila dengan hidup, rambut pendek, berselipar fipper, bertopi, dan membawa beg travel. Masa itu, aku tak cantik macam hari ni yang boleh buat dia jatuh hati. 2 tahun yang lepas.

Bukan lama aku tak jumpa dia, jumpa tapi hanya sekadar ucapan, "hai kau sihat?" Atau, "sorry tak dapat lepak lama, aku dah start final degree." Itu sahaja.

Aku lobos dalam kereta bmw merah kepunyaannya. Tak mustahil umur 22 tahun dan kereta bmw, lagipun dia anak orang ada ada.

"Aku dah jadi macam 2 tahun lepas, bun." Dia tunjuk lengan. Mata dia redup memandang aku. Ada kesan garis garis pisau dan luka. Aku tak terkejut langsung.

"Kau bodoh macam aku dulu, sakit tak?" Aku sentuh. Dia mengaduh sakit. "Aku dah tak nak hidup." Dia jawab ringkas.

Malam itu kami sekadar lepak, aku cakap, "aku sepatutnya tak dapat teman kau sebab aku tengah siapkan website client." Kata aku sambil membuka laptop. Tak lama aku buat kerja, dalam 2 3 jam macam tu, aku boleh selesaikan dengan cepat, mungkin itu sajalah kepakaran yang ada. Aku boleh siapkan sesuatu dalam keadaan yang cepat.

"Aku tak lulus ujian bahasa jepun, jadi aku rasa, aku tak dapat sambung belajar dekat sana," dia memulakan perbualan sambil meneguk minuman keras dengan rakus.

"Aku nak dia, aku tak nak orang lain, kau tahu kan macam mana aku sayang dia, dia dah tak percaya aku bun, dia tetap rasa aku ada orang lain."

Aku ketawa. Permasalahan utama dalam hubungan cinta, "kepercayaan."

"Kau tahu tak, masalah kepercayaan itu memang boleh jadi pada sesiapa pun? Kadang hidup ni aku memang rasa terpaksa buat tak tahu demi menjalinkan hubungan yang baik."

"Maksud kau?"

"Sesiapa pun boleh curang dengan pasangan, ada satu part yang pasangan kau memang akan cari orang lain untuk meluahkan perasaan dia, mungkin kau rasa dia curang, tetapi hal yang dia cuba reaksikan itu adalah pasal kau, kebimbangan hubungan kau dengan dia, atau mungkin kekecewaan diri dia terhadap kau."

"Kenapa dia boleh buat macam tu dan aku tak boleh?" Dia memandang aku dengan penuh tanda tanya.

"Ni, kau tengah buat sekarang, dekat aku. Mungkin kau boleh rasa yang situasi dimana dia sedang bersama orang lain, bersama orang yang kita cinta dengan orang yang kita sekadar perlukan untuk mengisi masa terluang itu, berbeza."

"Aku tak tahu, bun."

Entah. Aku hanya mampu cakap apa yang aku rasa yang terlintas dalam naluri aku masa tu. Aku bukannya pendengar yang baik atau seorang yang memahami, aku hanya menguasai kata kata, psaikologi dan metadologi tubuh seseorang. Walaupun bacaan aku kurang tepat. Tetapi sekurangnya boleh membuatkan seseorang itu lega, selepas itu.

"Aku nak balik." Ujar dia.
"Balik lah, aku check in atas kot."
"Best Western?"
"Ha ah."
"Aku chow dulu, thanks teman aku malam ni."

Dia berlalu pergi.

Lalu aku teguk sisa beer dia tadi, "tak cukup pekat," lalu pergi.

Gugur tubuhku, luluh nafasmu.Where stories live. Discover now