Ain, (3)

242 1 0
                                    

Cahaya mentari yang mengintai jendela mengibaskan langsir yang habis bertutup. Situasi itu membuat aku terbangun. Mencapai jam di sebelah kiri, seperti kebiasaan kebiasaan aku setiap pagi. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Tangan mengagau tepi. Ain tiada. Mungkin keluar membeli sarapan. Mungkin.

Aku bangun dan membawa tubuh malas ke bilik air. Memenuhkan air panas di tab dan menunggu penuh untuk berehat rehat.

"Kenapa nak kena keluar beli sarapan? Kan boleh call bahagian reception je? Tekan nombor 2, bahagian cafe dan perkhidmatan?" Analisa aku sendiri.

"Ah, biarlah dia."

2 jam berada dalam tab sampai tertidur, ketukan pintu bilik air memecah gegendang telinga.

"Na! Cepatlah keluar, aku nak terkucil ni! Na, kau buat apa dalam bilik air tu lama lama! Woi!"

Langkah malas. Aku keluar dengan badan yang berbungkus tuala. Aku tengok Ain dah bersiap siap. Awal pula dia bangun pagi ni. Aku melihat Ain keluar masuk bilik air dan beberapa botol bath, sabun, berus gigi dan tuala kecil yang berlipat. Kesemuanya dia masukkan ke dalam beg.

"Ain, ni kali pertama kau check in hotel mahal ke?"

Gugur tubuhku, luluh nafasmu.Where stories live. Discover now