Damansara lara.

327 9 0
                                    

"Jika kau ingin rasa tersakiti, penyakit apakah yang menjadi pilihanmu?" Seseorang menanyakan.

"Aku ingin buta." Ku jawab ringkas.

"Mengapa buta menjadi pilihanmu?" Disoal kembali.

"Aku hanya percaya deria sentuh melalui tangan, bibir juga nikmat memahami."

"Jadi apa pekerjaanmu kelak jika kau buta?"

"Semasa celik, aku ingin menjadi seorang yang memahami segala rasa, ketika buta, aku ingin jadi pengukir arca dengan segala rasa rasa tersebut."

Lalu bicara itu didiamkan. Hampir setengah jam sebelum perjumpaan itu ditamatkan.

"Ini kad aku, cari aku bila kau dah buta nanti." Lalu dia pergi.

Aku lihat kad itu, dia pemilik sebuah galeri.

Damansara, 2013.

Gugur tubuhku, luluh nafasmu.Where stories live. Discover now