Masih lagi pada tahap itu.

248 9 0
                                    

Aku membuat satu panggilan keluar dari log call. Untuk setahun lebih sebegitu, aku kembali mengisi ruang dalam dunia art.

"Akim, ni aku Embun, besok aku join rantai."

"Hah boleh, kau datang dengan Didi kan? Apa apa jumpa Publika besok."

Kali terakhir aku join rantai untuk exhibition adalah pada tahun 2014, Installation art. Dan selepas itu aku kembali membawa diri, travel dan aku mula menjadi penulis. Dunia painting aku tinggalkan. Tak ada soul tak ada muse. Aku rasa kosong untuk segala rasa yang gila.

Aku perlu cintakan seseorang.

Aku perlu cintakan seseorang untuk memahami dan menyelam perasaan.

Aku hanya mampu menulis dan melukis ketika aku sakit, terluka, sedih, sunyi, sepi dan rasa ditinggalkan.

Mungkin bahagia itu terlalu jauh.

Untuk setahun lebih, bagi aku mungkin ini adalah peluang untuk aku kembali ke bilik usang, bersama berus, warna yang bersepah, ilusi yang berceramuk dan pisau untuk setiap hirisan hirisan di tubuh badan.

Aku sakit. Takkan ada satu manusia yang dapat memahami.

Aku terlalu sakit.

Gugur tubuhku, luluh nafasmu.Where stories live. Discover now