Ain, (2)

267 2 0
                                    

Jam tepat pukul 12 tengah malam. Telefon berbunyi, beberapa notifikasi berbunyi mungkin dari beberapa akaun media sosial yang aku tak sempat log out. Oh, aku lupa matikan data. Selalunya sebelum tidur aku akan matikan data ataupun matikan telefon. Pagi selepas bangun baru aku hidupkan semula.

Aku terdengar Ain berdengkur. Mungkin dia penat seharian melayan nafsu skandalnya. Entah. Ain budak baik, sayangnya mengapa dia jadi begitu. Mungkin aku tak bertanya banyak, tapi aku faham bahawasanya seseorang itu akan melakukan luar dari batas manusia kerana sukar menerima kenyataan atau takdir yang tidak sepatutnya.

Aku memeluk Ain dari belakang. Jemariku lembut menepuk pahanya yang terdedah. Putih, mulus.

"Na, kau sayangkan aku?"

Perlakuanku telah mengejutkan Ain. Atau sememangnya Ain sudah terjaga dan berusaha mahu tidur kembali.

"Sayang, aku sayang kau Ain."
"Kenapa kau sayang aku, Na?"

"Mungkin sebab aku adalah seorang lelaki yang terperangkap dalam tubuh badan seorang perempuan yang cantik."

Aku menoleh ke arah wajah Ain, kelopak matanya kembali bertutup. Mungkin dia tak dengar langsung apa yang aku cakapkan sebentar tadi.

"Aku ada." Aku bisikkan ke cuping telinganya lalu mengambil selimut dan menutup pahanya yang terdedah tadi. Sejuk.

Gugur tubuhku, luluh nafasmu.Where stories live. Discover now