Aku Okeyy Je !

299 11 2
                                    

      Deruan enjin kenderaan memecah sunyi bandar Jasin malam itu. Aku,Daus,Roy dan Fami masing-masing sedang khayal dengan handphone. Entah apa yang di belekkan aku pun tak tahu. Yang aku tahu dan betul-betul pasti,semuanya bagai stoned dengan handphone sendiri. Termasuklah aku. Suasana kedai mamak agak sunyi,kerana sudah larut malam mungkin. Tambahan pula bandar Jasin ini seperti pekan koboi. Pukol 10 saja sudah sepi. Seperti di sumpah oleh ahli sihir yang jahat.

       Kelihatan Roy meletakkan handphonenya dan mencapai rokok yang ada di atas meja, dinyalakan pemetik api. Roy seakan mendapat nikmat dunia.

       "Hoi! Baik tak payah lepak kalau masing-masing hadap phone"

Roy menghentak meja sambil tangannya menggenggam kotak rokok dan pemetik api.

       Semua terkesima dan berpandangan di antara satu sama lain.  Kemudian tergelak sakan. Nada suara Roy yang agak kasar dan tegas membuatkan kami sedikit lucu. Kami tahu yang dia hanya mengagah sajaha.

     "Weyh,aku da cuti midsem ni"
Kata Daus
     "Sama lah aku"
Roy dan Fami serentak.
     "Jom vacay"
Aku menyampuk.
      "Tapi kita nak pergi mana?"
Fami mengajukan soalan.
       "Esok kita fikir,lepas sembahyang Jumaat semua kumpul rumah Roy"
Aku memberi idea.
        "Korang okeyy tak?"
Tambah aku.
        "Aku okeyy je"
Daus,Roy dan Fami menjawab.
      "Okeyy,esok jangan lambat"

        Aku,Roy dan Fami menghabiskan sisa rokok yang berbaki seterusnya meneguk air yang dah terbiar lama di atas meja. Daus tak menghisap rokok,sayang sekali kerana dia terlepas salah satu nikmat dunia. Lalu malam pun memainkan peranan. Membuai kami sehingga ngantuk. Semua bersurai meninggalkan kedai mamak yang hanya ada kami sahaja. Semua pulang ke rumah dengan
     "Aku okeyy je"

Travelog KamiWhere stories live. Discover now