Sesuatu Yang Tak Pasti

179 6 4
                                    

     Sinaran matahari terik menyimbah ke bumi. Aku,Daus dan Fami yang telah sekian lama berdiri di depan rimah Roy telah mula mengeluh. Seperti kebiasaannya,memang dia yang akan menjadi orang yang paling lambat. Seperti di janjikan,selepas solat Jumaat semua berkumpul di rumah Roy kerana kami akan bergerak menaiki kereta Roy. Mahu tak mahu,kami terpaksa menahan hati yang lebih panas dari matahari ini. Ingin sahaja aku memaki dan memukul  Roy bertubi-tubi.
      "Jap ae"
Kedengaran suara Roy dari dalam rumah. Entah kali keberapa dia ulang ayat yang sama pun aku tak tahu. Aku,Daus dan Fami telah bersiap dengan beg galas masing-masing,kecil sahaja. Cukuplah untuk perjalanan yang kami pun tak tahu kemana arah tuju.

      "Okeyy jom"
Roy keluar dari rumah dan menuju ke arah kami yang telah lama menunggu di kereta.
     "Kita nak pergi mana ni?"
Tanya Fami
      "Kuantan jom"
Aku memberi cadangan.
    "Aku okeyy je"
Semua serentak.

         Aku ditugaskan untuk memandu kerana aku lebih arif tentang selok belok jalan. Deruan injin kereta bersama radio menemani perjalan kami. Maka bermulalah sesuatu yang kami pun tidak pasti,di sini bermulalah perjalanan di lorong gelap tanpa arah tuju. Di sinilah bermulalah "Travelog Kami".

         Muadzam Shah. Hampir separuh perjalanan. Mata aku yang semakin kuyu memaksa aku untuk berhenti seketika. Cuaca di luar yang agak mendung dan kadang gerimis seketika seakan mendodoi aku. Keluar sahaja dari kereta,masing-masing meregangkan badan. Mungkin terlalu lama di dalam kereta dan membuatkan badan kami lenguh-lenguh. Roy mencapai kotak roko yang berada di armrest kereta dan mencucuhnya diikuti oleh Fami dan aku. Seakanya kami sedang menikmati sisa-sisa terakhir kehidupan. Daus hanya memerhati sambil mengeluarkan bekas makanan dari beg galasnya.
       "Nah mak aku bekalkan"
Tanpa banyak bicara,kami terus menyambar seperti helang. Mungkin semua agak lapar dan penat.

          15 minit masa berlalu dan kami menyambung perjalanan ke Kuantan. Fami dan Daus di belakang tidur dengan enaknya. Setibanya di Kuantan aku singgah di pam minyak. Kami membeli air da membuang air kecil di tandas pam minyak tersebut. Setelah semua selesai,kembali menyambung perjalanan. Prakkk! .
        "Hoi apa tu?"
Tanya Roy yang agak gelisah tentang keretanya. Semua keluar dari kereta dan pergi ke arah bunyi di bahagian depan kereta. Rupanya aku yang tidak perasan akan kehadiran divider di hadapan kereta. Aku telah melanggarnya dan mengakibatkan kereta Roy mengalami kecacatan. Aku memeriksa dan mendapati hanya luka kecil sahaja,tidak menjejaskan apa-apa. Dalam pada masa yang sama juga,aku cuba untuk menenangkan hati Roy yang gusar tentang keretanya. Cuaca mendung seakan mengejek kami yang sedang sedih. 😭😭😭😭

Travelog KamiWhere stories live. Discover now