Sebuah Memori

42 0 0
                                    


              Perjalanan diteruskan lagi ke arah matahari terbit. Entah mengapa semuanya membisu sambil ditemankan lagu-lagu radio. Angin sepertinya berhenti bertiup.  Tiada lagi gagak yang ketawa terbelahak. Aku memandu kereta Roy entah kemana arah tuju. Menyelusuri jalan-jalan Kuala Terengganu yang agak sibuk siangnya. Sebuah jambatan yang dulunya ada tol sekarang sudah tiada. Sudah berapa Gong yang kami baca tapi tidak nampak walau sebuah.

            "Ah fakk! Jammed"
Aku berteriak memecah sunyi.
            "Ni kat tempat malam tadi ni, Kampung Cina sebelah tu"
Fami menyambut teriak aku.
             "Jom berhenti kejap"
Roy memberi idea.

       Tanpa berlengah aku mencari ruang kosong untuk parkir dan hampir kesemuanya penuh. Satu lagi pusingan jika tiada aku akan terus keluar dari kesesakan ini. Seketika sudah dan munkin tuhan inginkan kami sebuah memori di sini.  Sebuah kereta keluar dari tempat parkirnya. Aku terus masuk di ruang kosong itu.

         Kawasan ini penuh dengan pelancong dan juga peniaga. Silang pukang manusia memenuhi segenap ruang. Setiap lorong di Perkampungan Cina itu dihiasi dengan pelbagai hiasan. Kain perca,payung,batik dan banyak lagi hiasan yang mampu untuk membangkitkan memori sewaktu di zaman kecil. Seperti terowong masa yang menghantar kami kembali ke zaman kanak-kanak.

         Mungkin ini yang kami cari selama ini. Sebuah memori yang telah hilang lama dahulu. Kami menghabiskan sisa rokok terakhir di lorong itu.....

Travelog KamiWhere stories live. Discover now