Petang yang suram. Kami turun ke kolam renang untuk melenyapkan segala gusar dan juga mencuci mata. Dengan harapan dapat melihat gadis-gadis luar negara dengan bikininya. Air oren dan rokok bersama. Kedengaran riuh suara kanak-kanak mula meliputi ruang kolam renang tapi masih tidak menghampakan kerana ada beberapa gadis luar negara dengan bikininya. Petang itu kami menghabiskan masa di kolam renang.-------------------------------------------
"Jom"
Aku mengajak mereka keluar.
"Nak kemana?"
Daus bertanya
"Ikut arah angin"
Ujar aku yang juga tidak tahu hala tuju.
Semua bersiap. Cuma mengenakan pakaian yang tercapai sahaja. Sebelas malam Kuala Terengganu sudah mati. Bintang yang malu untuk menonjolkan diri dari balik awan mendung seakan tidak lagi mahu menemani kami. Jalan di setiap arah sunyi kadang kedengaran bunyi motor buruk yang tidak berlampu melintasi. Aku yang dari tadinya memandu tanpa arah tujuan dah mula bosan.
"Woi,kau asyik pusing tempat yang sama je!"
Jerit roy dari sebelah,aku tak perasan yang aku asyik melalui jalan yang sama berulang.
"Ye ke? Aku tak perasan lah,gelap"
Aku berseloroh
"Biar aku yang tunjuk jalan"
Roy menyambung. Dan aku mula memandu mengikut hala tuju Roy. Kami sampai di satu tempat yang kami pun tidak tahu. Sepertinya di tepi pantai kerana ada pasir di serata tempat. Tapi ade sungai yang jambatannya menjadi tempat mat-mat moto lepak. Kami berhenti di sebelah sana sungai. Gerai-gerai trak makanan telah pun tutup. Jadi kami hanya dapat menikmati angin dan juga sedutan asap rokok masing-masing. Setelah itu kami pun meneruskan perjalanan yang tak tahu ingin kemana."Stop,stop"
Teriak Fami dari belakang yang memmbuatkan aku terkesima lalu menekan pedal brek secara mengejut. Mujur keadaan terlalu sunyi dan tiada kenderaan. Kalau tak
Memang sia-sia je.
"Apahal do!?"
Aku memarahi Fami.
"Ni Pasar Payang kan?"
"Ye la,abistu?"
"Member aku cakap ade port boek kat-kat sini,Kampung Cina"
"Mana?!"
Tanya aku dengan nada yang tinggi.
"Tu ha"
Roy sambil menunjuk ke arah jalan sebelah sana.Kampung Cina sebuah kawasan yang mati malam ini. Lorong-lorong dihiasi dengan seni. Matinya lorong seni itu seperti matinya hati kami. Kuala Terengganu,malam ini kau sepi.
Bintang kau telah hilang ditelan sunyi.
YOU ARE READING
Travelog Kami
AdventurePerjalanan yang tidak dirancang empat sekawan ke pantai timur. Ikuti kisah-kisah pahit,manis,lucu dan bermacam lagi.