Selamat Pagi Kuala Terengganu

58 0 0
                                    

        Pagi yang awal bagi warga bujang seperti kami. 9.30 pagi Daus dan Fami sudah keluar mencari sarapan untuk kami. Aku dan Roy masih lagi terbaring menghadap televisyen.  Sepoinya angin dari beranda tingkat lima bilik hotel kami telah membuatkan hati aku tersentuh seketika. Dalam hati aku sering kali terkeluar pertanyaan "Adakah ini semua akan berakhir?".

        Daus dan Fami sudah pulang dan kami selesaikan segala yang perlu. Di manakah arah tujuan pagi ini masih belum kami tentukan yang pasti kami perlu terus bergerak. Mungkin ke Kelantan atau mungkin juga terus pulang.

       Kali ini Roy memandu. Kuala Terengganu yang tadi malamnya sunyi rupanya telah menyembunyikan keriuhannya dari kami. Pagi ini Kuala Terengganu hidup sepertinya ada pesta yang sedang menunggu untuk meraikan kami. Sesak dengan kenderaan.  Kami yang sejak dari tadi berpusing di tengah bandar mengambil keputusan untuk pergi ke Losong,katanya di sana ada keropok lekor yang terbaik.

        Seperti khabar yang kamk terima,keropok lekor di sini tidak mengecewakan. Kami membeli sedikit untuk bawa pulang ke rumah. Mungkin yang di Melaka tidak pernah merasa. Selepas selesai semua kami meneruskan perjalanan yang tiada arah tuju ini. Melalui lorong-lorong yang riuh di setiap pelusok Kuala Terengganu telah membawa kami di satu lagi tempat yang sentiasa meniti di bibir masyarakat : Masjid Kristal.

    Suasana yang agak tenang. Keriuhan sepertinya tenteram.  Di setiap sudut ada pengunjung yang sibuk mengambil gambar. Masjid Kristal telahpun membuat hati kami sayu. Tiada apa yang dapat dizahirkan kerana semuanya yang kami rasa cuma dapat dirasai. Tiba-tiba Daus bersuara.

         "Hari ini Masjid Kristal mungkin lain kali Masjidil Haram"

Travelog KamiWhere stories live. Discover now