Aku masih lagi berdiri gusar di sudut kereta. Perasaanku yang tidak tenang ini telah memaksa untuk aku menghidupkan sebatang rokok. Aku hanya boleh meminta maaf pada Roy. Setelah apa yang terjadi pada keretanya.
"Arghhh... Biarkan je la,nanti balik aku betulkan lah"
Suara Roy yang agak tenang. Aku tahu Roy cuba untuk tidak merosakkan mood enjoy kami.
"Roy,nanti aku ganti lah"
Aku cuba untuk bertanggungjawab.
"Eh,tak pa lah,berapa sen je ni"
Balas Roy.Dan kami pun meneruskan perjalanan kami yang tiada arah tuju itu. Menyusuri lorong-lorong sesak di bandar Kuantan bertemankan gerimis dan sedikit cahaya matahari yang mula mencorong di celah-celah awan. Semua terdiam terpaku melihat keasingan Kuantan.
"Jom,Teluk Chempedak"
Ajak aku.
Mereka semua hanya angguk setuju tanpa menoleh ke arah aku. Mungkinkah mereka terlalu asyik menikmati sekeliling. Lorong-lorong Kuantan masih basah dengan kesan gerimis dan air mata rakyat yang asyik ditindas pemimpin. Tapi biarlah. Mungkin bahagian mereka."Hoi! Dah sampai"
Aku sergah mereka yang sedang mengelamun.
Semua keluar dari kereta dan menghirup udara Teluk Chempedak. Meregangkan badan yang lenguh-lenguh dan mencuci mata melihat gadis-gadis pantai timur. Aku cuma perlu tegur "Hai" mungkin salah seorang dari mereka adalah jodoh aku. Tapi mana mungkin perkara sebegitu akan terjadi. Heh, cuma angan.Graffiti di tembok-tembok belakang gerai mengingatkan aku di lorong-lorong belakang Melaka Raya. Cuma bezanya di Kuantan tiada pelacur-pelacur yang menjaja tubuh mereka untuk dinikmati. Roy meluru pergi ke arah pantai, persis anak kecil yang jakun melihat ombak. Yang lain mengikutinya termasuk aku. Telatah gadis-gadis yang takut kepada monyet yang nakal mencuit hati semua yang di situ. Monyet di situ tahu mana laki mana perempuan. Dan tidak sekali monyet itu mengacau lelaki,mungkin ada kisah silam mereka tersendiri.
Di satu hujung di Teluk Chempedak,aku melihat satu titian berkanopi hutan belukar. Aku mahu kesana. Daus dan Fami sedang menekori aku. Roy pula asyik saja melihat cederahati yang dijual di persisiran pantai itu.
"Hoi Roy! Jom"
Aku teriak sambil menunjuk titian itu.
"Naiss siot"
Roy yang baru perasan akan titian itu teruja melihat kecantikannya.
Kami berjalan menyusuri titian itu ke arah satu pengghujung,satu prnghujung yang kami tak tahu apa yang ada di sana. Dan hanya berharap di sana mempunyai ketenangan abadi."Yo gaiss! Ini yang kita cari"
Teriak Fami sambil mendepakan tangan setibanya di penghujung titian itu. Seperti bertuka dunia. Keriangan anak-anak kecil berselerak di merata tempat. Di sudut-sudut sepi,anak muda berpacaran meraih dosa. Dan ombak pantai yang seringkali menghentam batu-batua di tepian pantai. Arghhhh! Sungguh mengasyik kan.
Inilah yang kami cari selama ni. Inilah kehidupan sebenar. Inilah kami di Teluk Chempedak!
YOU ARE READING
Travelog Kami
AdventurePerjalanan yang tidak dirancang empat sekawan ke pantai timur. Ikuti kisah-kisah pahit,manis,lucu dan bermacam lagi.