#1

56 1 0
                                    

Benarlah kata orang. Bila senang kita dapat sesuatu, pasti senang untuk sesuatu itu terlepas... (eh! Betul ke ayat aku ni?)

Kalini aku nak cerita pasal cinta dalam bab ini. Ya! Love...

Ada cinta jarak jauh.

Ada cinta jarak dekat.

Ada cinta hakiki, duniawi, dan pelbagai lagi aspek cinta, cinta dan cinta.

Tapi kan, cinta sekarang ni lebih kepada cinta ekspress. Ala. Macam tren KTMB yang baru tu: ETS. Sepantas kilat dah sampai ke tempat yang dituju. Best kan?

Agak-agak la, patut ke cinta itu di-ETS kan? Paling best pula bila cinta ETS ni bermatlamatkan material semata-mata.

Aku tak nafikan jatuh cinta pandang pertama. Tapi lebih indah kalau perkenalan yang lebih lama akan membawa kita lebih mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam. Bak kata orang "admire with someone" bagi satu tempoh, lepas tu bila declair je segalanya indah bila kita tau banyak perkara masing-masing. Kan?

Tak setuju? #lupikirlasendiri

Malangnya, ada juga cinta yang terhasil dari media sosial. Cinta maya. Belum pernah jumpa pun lagi, dah declair. Paling "best" pula bila tiada persefahaman. Saling tidak mengerti masalah masing-masing dek kejauhan. Hingga sanggup mempertuhankan kejelesan tanpa sempadan yang merosakkan.

Apapun, segala yang ada kat dunia ni wajib ada pro dan kontra. Bukankah segala yang diciptakan Tuhan adalah berpasang-pasangan?

-----
08 Dis 2015
Teratak 24 TBA

[ akuPojie ] IntrOWhere stories live. Discover now