#10

20 1 1
                                    

Selamat Hari Mama ^_^

Ya! Mungkin masih sempat untuk aku zahirkan ucapan ini. Dan berikut aku titipkan sesuatu yang aku peroleh dari laman sosial. Mungkin ada manfaatnya; Insha Allah.

Nota: chapter #9 masih dalam 'pertimbangan' untuk di-publish. Terima kasih kerana setia wait & still follow me.

_______________________________

Tajuk : Mak

Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..

Waktu tu kita kena terima..

Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..

Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir untuk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..

Tengok muka mak.. tengok lama-lama..

Ni kali terakhir nak tengok..

Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..

Sentuh lembut-lembut badan mak..

Belai lembut-lembut badan mak..

Cakap dalam hati...

"Ni la orang yang lahirkan aku..
Yang besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yang baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dengan mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dengan mak..

Mak... Aku sayang mak..

Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... macam mak usap rambut kita..

Cium pipi mak..
Macam mak cium pipi kita..

Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dapat tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jangan sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..

Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dapat cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dapat cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..

Cakap dalam hati..
"Aku jahat macam mana pun mak tak pernah buang aku..
Aku degil macam mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..

Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..

Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..

Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa-dosa aku ke, mak???"

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat-cepat berdiri kat belakang imam..

Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah untuk mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..

Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dalam perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..

Sampai kat kubur, jangan bagi orang lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun-menunggu dalam liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yang buka ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yang letak bantal tanah kat belakang badan mak..

Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
Jangan sampai kena gigit nyamuk..
Ini adalah kali terakhir untuk kita sama-sama dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah..

Waktu ni kalau kita ada dosa dengan mak, dah terlambat nak minta ampun dah..
Biarlah kita yang uruskan mayat mak...
Bukan orang lain..

Cakap dlm hati..
"Mak.. ni kali terakhir aku dapat tengok mak..
Ni kali terakhir aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..

Mak tunggu aku ya..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..

Nanti aku doa untuk mak.. aku hantar sedekah untuk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dengan mak.."

Dengar dengan teliti talkin untuk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dapat dengar..

Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa uutuk mak..

"Ya ALLaH..
aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku..
Dulu dia lahirkan aku..
Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya..
Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku,

Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."

Lepas ni, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan bergaduh...

Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis dari jauh..
Kita yang tinggal ni jangan lupa kat mak..

Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yang mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..

Takkan kita anak zalim sangat dengan mak?
Takkan kita ingat saje tapi takde buat pape?
Tu mak kita..
Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Meleleh2 air mata😭😭😭😭

.................
9 Mei 2016
Cheras, Kuala Lumpur

[ akuPojie ] IntrOWhere stories live. Discover now