#14

0 0 0
                                    

Manusia, memang pelik bin ajaib.

Dalam satu masa, o.k je. Tapi dalam masa yang lain, k.o la pula.

Tambah dalam kepesatan penggunaan media soSiaL yang semakin menggila kebelakangan ini.

Macam-macam kau boleh buat, beb! 😁

Aku pun dah tak reti nak mula dari mana. Kalau rasa serabut nak baca, lelap je la. Hahaha.

FAKE PICTURE

Ala, biasa la tu. Sebabnya tak nak guna gambar sendiri ada 2 je: sama ada 'terlalu encem/cantik' atau 'tak komersial pun'.

Apa yang pelik puak-puak macam ni ialah, bila kita minta tunjuk gambar dia, ada sahaja alasannya. Minta gambar kat kita bukan main lagi mendesaknya.

Lepas tu mula la pula nak berkait dengan hal-hal lain. Ada spesis yang bila dah dapat gambar kita, tetiba menghilang. Takpe la kita sangka baik je. Maybe dia dah 'tak ada' kat dunia ni kot; sebab tetiba eksiden... 😂 Termasuklah di dalam kategori spesis ini yang pada mulanya 'tak kesah', tapi tetiba jadi kesah. (Macamana la tu, pikiaq je la sendiri).

Ada pula spesis yang bila kita minta gambar dia, dihantarnya pula gambar angry bird/apam.balik dia pulak. Apa kita ni hadap sangat ke benda macam tu? 😳

.................
21.03.1438 / 20.12.2016
21:46hrs
Cheras, Kuala Lumpur

[ akuPojie ] IntrOWhere stories live. Discover now