#13

5 1 0
                                    

Sebagai penutup 2016 yang bakal menjelang tak lama lagi, apakata kita tinjau gelagat-gelagat Malaysian yang mana; nak tak nak kena la juga kita akui yang mungkin sebahagiannya adalah perkara yang kita alami mahupun yang kita lakukan sepanjang bergelar makhluk Tuhan di muka bumi ini...

(jangan marah ye. Nanti kena jual 😋)

1. Mentol bagi lampu isyarat atau signal merupakan item yang paling mahal untuk dibeli. Justeru tiada langsung keperluan bagi sesetengah orang untuk menyalakannya semasa mahu memasuki sesuatu persimpangan. Kalau nak nyalakan pun bila kenderaan kurang 5cm nak memasuki simpang tersebut.

2. Memotong kenderaan lain merupakan amalan lazim bila kita membawa kenderaan. Tambahan pula bila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan. Namun, yang lebih menarik bagi pengguna jalan raya adalah memotong ketika hampir di satu-satu persimpangan di mana pada masa yang sama mahu masuk simpang tersebut. Sedangkan kenderaan yang dipotong ingin meneruskan perjalanan terus ke hadapan. Hebat sungguh kita kerana seringkali menyebabkan sesuatu kemalangan atau kematian. Paling best pula bila tiada sekelumit rasa menyesal mahupun rasa bersalah di hati kita.

3. Memakir kenderaan di halaman atau hadapan rumah memang menjadi suatu kelaziman. Maka boleh lah dikatakan satu kejahilan kot; bila space yang ada tak cukup, lalu memakirlah kereta kita di laman rumah jiran yang kononnya dianggap tak ada kereta.

4. Memasuki rumah jiran dengan memberi salam terlebih dahulu merupakan adab yang terpuji. Mungkinkah boleh digelarkan sebagai manusia yang paling keji; bilamana kita memasuki rumah/laman rumah jiran dengan menganggap ianya satu kebiasaan tanpa mengambil kira jirannya ada atau tiada di rumah. Hanya kerana pokok pelam nya tumbuh dan memasuki kawasan rumah jirannya...

5. Menganggap diri hebat sudah menjadi kelaziman setiap mereka yang bergelar bos. Walaupun pada hakikatnya diri itu tak faham dan tak langsung faham tugasan tertentu, namun menjatuhkan pegawai bawahannya sebagai 'tak reti buat kerja' sudah menjadi 'trend' kepada bos-bos begini khususnya di dalam meeting. Sedangkan kebanyakan pegawai bawahannya amat tahu bagaimana bos-bos macam ni boleh naik pangkat dengan begitu drastik sekali.

6. Janji adalah sesuatu perbuatan yang paling mudah untuk dilafazkan. Ini kerana lidah tidak mempunyai tulang dan diperakui oleh semua sarjana sains dunia. Justeru akujanji hanyalah bagi memperoleh sesuatu yang ingin dicapai dan dihajati. Sedang penyokongnya terus memberikan sokongan sekalipun telah nyata lagi bersuluh bahawa janji yang ditabur dulu hanya membenihkan lalang, bukannya padi. Hahaha....

Nota: untuk nombor 7 hingga 9 adalah berkaitan. Terima kasih kerana sudi untuk terus membaca 😊

7. Jumlah A dalam semua subjek yang diuji merupakan keutamaan dalam pencapaian akademik. Tidak mengapa jika seseorang pelajar itu hanya memperolehnya dengan cara menghafal, bukan memahami...

8. Justeru tidak hairanlah bila kebanyakan generasi baru hari ini bekerja kerana mahu mendapatkan pendapatan semata-mata; bukan kerana minat untuk bekerja dengan jawatannya...

9. Maka lahirlah politik di pejabat/tempat kerja yang menyaksikan - tak cukup pengalaman dan pemahaman pun dah boleh memimpin sekurang-kurangnya unit atau bahagian. Sedang realitinya kipas dan aircond sentiasa dijadikan amalan di samping part-time untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang ingkar dengan pelbagai cara.

10. Semasa melepak dengan kawan-kawan, pastinya keutamaan akan diberikan kepada gajed-gajed yang ada di tangan. Hubungan spiritual mengenai persahabatan di alam nyata tidaklah begitu penting. Ini kerana persahabatan di alam maya merupakan 'persahabatan yang paling sejati'.

11. Jasa dan pengorbanan bukanlah lagi menjadi ingatan buat generasi pelapis mendatang. Bahkan ianya bakal menyebabkan sang penjasa tadi bakal dijatuh-hancur lumatkan hanya kerana teguran yang membina.

12. Kita sering diingatkan agar jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara yang viral di media-media alternatif. Formulanya senang je: viral - nafi - kaji - realiti. Lu pikir la sendiri...

13. Swafoto atau selfie adalah sebahagian daripada syarat jika ingin menyertai sesuatu peraduan atau pertandingan. Ditambah lagi penajanya adalah syarikat yang menjual produk terhebat (melebihi kehebatan Tuhannya) makanya hanya mereka yang berkelompok M40 dan ke atas sahaja yang paling layak menyertai sesuatu peraduan atau pertandingan.

14. Dalam sesetengah isu yang disuarakan oleh kebanyakan, jawapan yang paling standard adalah amat diperlukan. Ini kerana adalah menjadi bebanan bagi sesebuah agensi/seseorang untuk menjawab dengan terang dan jelas akan setiap isu yang disuarakan.

Manakala cadangan yang diminta dari kebanyakan adalah bagi membuktikan yang seseorang itu amat prihatin dengan pandangan yang diluahkan oleh kebanyakan. Sedangkan umum amat mengetahui bahawa cadangan dan pandangan tersebut hanya tinggal kenangan... err... 😂😂😂

15. (...akan diupdate kemudian)

.................
21.03.1438 / 20.12.2016
21:46hrs
Cheras, Kuala Lumpur

Malas aih aku nak update. Boleh gittew... 😎

[ akuPojie ] IntrOWhere stories live. Discover now