#3

31 1 0
                                    

Setiap di kalangan kita pasti pernah terdetik akan perkara ini:

"Kenapa pengorbanan aku selama ini seolah-olah tidak dihargai? Apa salah aku? Kenapa aku perlu diperlakukan sebegini?"

Pengorbanan juga adalah sesuatu yang abstrak dan subjektif. Dan yang pastinya, bukan semua orang yang akan dan mahu menghargai. Kerana dunia kemanusiaan kontemporari berpegang kepada 'yang free itu lah sedap'. Takyah nak tipu la... ^_^

Hakikat yang perlu kita terima sekarang ialah: berkorbanlah. Buatlah sesuatu sekalipun ianya belum tentu dihargai. Sebab kalau kita hidup kerana mengharap pujian dan anugerah dunia, kita pasti tak akan dapat apa yang dikatakan kepuasan.

Sebaliknya, bila pengorbanan dan sesuatu usaha dilakukan bersandarkan keikhlasan dan cinta (pastinya kerana Tuhan), kita pasti akan menikmati makna kepuasan itu.

Bukan senang untuk kita puaskan hati dan perasaan semua orang. Rasanya hal semacam ni dah banyak diperkatakan oleh kebanyakan pakar motivasi. Jadi selaku pencatat indie macam aku ni, manalah layak nak motivasikan orang. Lulus takat diploma, lagi la orang tak pandang punya la.

Apapun yang kita lalui, lakukan lah dengan ketulusan hati. Yang penting, sentiasa untuk bersedia menghadapi apa jua yang bakal mendatang. Kerana pengalaman itu tidak memerlukan seseorang untuk memiliki SPM, diploma mahupun phd!

2015 bakal meninggalkan kita. Tapi kita masih dapat bernafas. Sebab apa? Sebab Tuhan masih mahu kita untuk terus melakukan sesuatu yang terbaik bagi diri kita. Tak payah nak fikir apa orang lain nak kata. Asalkan pengorbanan dan sesuatu yang telah kita usahakan dilaksana atas tiket keikhlasan dan ketulusan hati.

Salam MaulidurRasul s.a.w dan selamat mendepani 2016 yang dijangka akan terus menguji emosi kita, tentunya...

-----
27 Dis 2015
Teratak 24 TBA

[ akuPojie ] IntrOWhere stories live. Discover now