FIGHTING!!!

733 12 0
                                    

Nafas ditarik semahunya. Termengah-mengah sambil meneruskan langkah perlahan-lahan. Tiba-tiba ada suara yang menegur dari arah belakang.

"Adira, kau okay tak ni? Nak aku beritahu cikgu?"

Telinganya seolah-olah pekak seketika. Malas mahu menjawab pertanyaan rakannya itu. Kalau dijawab nanti, ada sahaja "bait-bait kata nasihat" darinya, fikirnya sendirian. Adira meneruskan langkah.

"Aku chaw dulu. Jumpa kat sekolah nanti. Kalau tak larat, tumpang sahaja kereta Cikgu Amin. Aku dah beritahu dia awal tadi. Aku tahu kau tak mampu. Kau degil"

Adira yang masih termengah-mengah itu melopongkan mulutnya. Deruan kereta Cikgu Amin dari belakang sudah kedengaran. Sempat dia menjeling ke arah rakannya itu.

"Eee sibuk saja. Aku kuatlah." Katanya sendirian bernada tidak berpuas hati.

"Adira, masuk."
Adira buat muka 'slumber badak'.
"Cikgu kata masuk, masuk."
Adira turutkan kata-kata gurunya yang berusia lingkungan 30-an itu.

Radio memainkan lagu Taylor Swift, You Belong With Me, lagu kegemaran pelajar tingkatan 4 itu, Adira Atiqah. Seronok dia melayan lagu itu hingga terlupa siapa yang duduk disebelahnya.

"Adira, kenapa kamu degil sangat? Kamu tahu kan kamu tak boleh lari? Kenapa nak sertai juga? Merentas desa ni bukan macam kamu lari keliling rumah tau."
Suara Cikgu Amin menganggu ketenteraman dirinya.

"Alah cikgu, saya nak try je. Mana tahu tiba-tiba sampai keeeee." Sempat Adira berseloroh.

Cikgu Amin hanya menggelengkan kepala. Malas mahu berdebat dengan anak muridnya itu.

Setelah hampir 10 minit, mereka tiba disekolah. Cikgu Amin parkir kereta di dataran sekolah. Enjin kereta dimatikan. Adira sempat berterima kasih pada Cikgu Amin. Keluar sahaja dari pintu kereta, Aizat terus menuju padanya.

"Haih. Dia ni lagi. Tak boleh ke nak tengok aku senang sikit?" Dia bermonolog sendirian.

"Kau okay ke? Tak apa-apa kan? Pergi ambil beg kat kelas lepastu terus balik. Aku balik dulu , Dira. Assalamualaikum"

Salam rakannya itu dijawab dalam hati. Walaupun dia berasa kurang senang, namun jauh di dalam lubuk hatinya dia berasa bersyukur kerana dikurniakan teman seperti Aizat. Muhammad Aizat Akbar nama diberi. Perkenalan mereka sejak setahun lepas membuatkan mereka bertambah mesra sebagai kawan baik. Aizat diletakkan dikelas pertama kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun semasa dia berada di tingkatan dua. Adira selesa berkawan dengannya, begitu juga sebaliknya. Tanpa disedari, senyuman manis terukir dibibirnya. Dia mempercepatkan langkah untuk pulang ke rumah.

**** **** **** **** **** ****

Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now