Peluang Keemasan

405 9 1
                                    

Peluang Keemasan

Jam menunjukkan 10:30 malam. Lampu bilik ditutup setelah selesai menyusun jadual persekolahan pada esok hari. Uniform sekolah juga siap diseterika. Malam itu cuaca baik ditemani bulan dan bintang yang menyinar. Lena tidurnya. Bantal guling diapit pada kakinya. Malam berlalu berganti siang.

"Dira, bangun. Nanti lambat ke sekolah."
Suara ibu tercinta terngiang-ngiang di ruang cuping telinganya, namun dia masih meneruskan tidur.

"Ya Allah budak bertuah ini. Ibu kira sudah pergi ke bilik air. Rupanya masih berdengkur. Dira, bangun nak."
Ibu menepuk-nepuk badannya.

"Iya, iya. Adira bangun ni." Matanya digosok berulang kali. Kakinya laju menuju ke ruangan dapur dengan mata yang masih tertutup. Tiba-tiba otaknya seolah baru berfungsi. Dia gelak sendirian. Boleh pula dia ke dapur. Mamai barangkali. Setelah itu dia terus ke bilik air. Tanpa berfikir lama, terus dia mencapai berus dan ubat gigi jenama Fresh & White. Giginya ditayang pada cermin. Tersusun rapi dan cantik. Yang paling menawan, PUTIH! Hehehehe.
............................................................

Sudah menjadi rutin harian ayahnya untuk menghantar anaknya itu ke sekolah. Maklumlah, anak seorang. Pernah juga ibu Adira menyarankan agar Adira menaiki bas. Tetapi cadangan itu dibantah keras oleh ayahnya. Katanya, takut jika terjadi apa-apa pada Adira. Adira memang rapat dengan ayahnya sejak kecil lagi.

"Terima kasih, ayah." Ucap Adira sambil mengukir senyuman. Tangan orang tuanya di salam kemudian pipinya dicium. Setelah itu, Adira terus mengorak langkah menuju ke kelas.

Aizat mengekorinya dari belakang. Adira berpura-pura tidak mengetahui. Dia mempercepatkan langkah. Tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal.

"HAAAA!!! Kau ikut aku eh?"

Terkejut beruk Aizat dibuatnya. Mana tidaknya, dia berfikir Adira tidak perasan. Hendak kejutkan orang, diri sendiri pula terkejut. Adeh!

"Hahahahaha. Terkejut ke bang?" Ketawa Adira dengan riang.

Aizat malas mahu melayan kerenah Adira. Beg diletakkan di atas kerusi setelah tiba di kelas. Macam biasa, Aizat terus keluar kelas untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas. Adira pula, sempat bersarapan di dalam kelas sementara pengawas lain belum hadir.

"Matilah aku kalau Iffah tiba-tiba datang." Dia bercakap sendirian lalu roti dikunyah dengan cepat. Bekal yang dibawa dari rumah cukup untuk mengisi perutnya pagi itu. Terima kasih ibu, katanya di dalam hati.

Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula setelah loceng berbunyi. Guru Bahasa Melayu, Cikgu Azizah menuju ke kelas Tingkatan 4 A.

"Bangun! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu."
Arahan ketua kelas kepada ahlinya.

Salam dijawab kemudian mereka dibenarkan duduk seusai membaca doa belajar. Cikgu Azizah memulakan kelasnya seperti biasa. Di akhir waktu kelas, beliau tiba-tiba bersuara.
"Murid-murid, bulan hadapan cikgu dikhabarkan ada pertandingan pidato peringkat daerah. Jadi, cikgu memerlukan dua orang daripada kelas kamu sebagai wakil. Cikgu minta seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Sesiapa yang berminat boleh jumpa cikgu di bilik guru nanti ya. Okay kelas, bangun."

Cikgu Azizah keluar daripada kelas. Masa berganti masa. Sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Loceng berbunyi tanda sesi persekolahan sudah tamat. Pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas hanya dengan tujuan yang satu. Balik!!!!!!!!!!!

**** **** **** **** **** ****


Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now