Freedom!

199 5 2
                                    

Langit gelap waktu ini dan cuaca mendung. Awan seolah-olah mahu melepaskan lelah dan meluahkan apa yang tersirat disebaliknya. Matahari menghilangkan diri tanpa permisi.

Hujan membasahi bumi. Seolah hatinya yang sedang merindui Sang Ilahi. Cuba ingat kembali bila kali terakhir menangisi dosa-dosa lalu. Sepi. Hatinya tidak punya jawapan. Barangkali lama sekali. Istighfar diungkap perlahan secara berulang kali.

Tudung yang melekat di kepala sejak pagi tadi dibuka. Sekujur tubuhnya di baringkan di atas katil miliknya. Lelah yang dirasakan sebentar tadi lenyap buat sementara waktu. Fikirannya lapang dan hatinya tenang.

'Tok tok tok'

Pintu biliknya diketuk. Lenanya terjaga dan matanya dibuka perlahan. Langkahnya diorak ke arah pintu bilik. Tubuh ibunya kini berada di hadapannya.

"Dira, mandi dulu kemudian solat. Lepas solat kita makan sama-sama ya."

Tutur ibunya apabila melihat anak kesayangannya itu tampak keletihan.

"Okay ibu." Jawabnya ringkas lantas pipi ibunya dikucup.

Ibunya hanya tersenyum. Hari ini merupakan hari kelapan dia menjawab peperiksaan SPM. Bermakna, hanya tinggal dua subjek sahaja kerana dia mengambil 10 matapelajaran. Kalender di meja belajarnya dipangkah. Yahooo! Tinggal dua hari sahaja. Lepasni, freedom! Hatinya menjerit teruja.

****

"Paper hari ni macam mana? Boleh jawab?"

Soal ayah sewaktu habis suapan yang pertama.

"Alhamdulillah. Biasalah yah, ada yang susah , ada yang senang. Dira tawakkal je. Ibu dan ayah doalah yang terbaik untuk Dira."

Gelas dicapai sejurus habis menjawab pertanyaan ayahnya. Air milo ais membasahi tekak yang sedari tadi kering kontang.

"Dira tak payah suruh pun, ibu dan ayah sentiasa doakan. Kan bang?"

Giliran ibu pula menjawab. Nasi ditambah pada pinggannya. Berselera sungguh ibu hari ini.

Ayah hanya mengangguk. Suapan diteruskan hingga ke akhirnya. Setelah selesai mengemas meja makan dan mencuci pinggan di dapur, dia kembali ke biliknya untuk mengulang kaji pelajaran yang masih bersisa. Dia membawa dirinya ke meja study. Buku nota Biology diselak. Gayanya seperti mengingati semula segala fakta-fakta yang pernah dihafal awal tahun dulu. Tiba-tiba fikirannya melayang entah ke mana. Ke Istanbul? China? India? Huh. Jauhnya. Jasadnya kaku di hadapan meja study namun fikirannya terbang jauh hingga ke langit ketujuh. Sesekali pensel mekanikalnya menari-nari di atas helaian kertas A4 di hadapannya.
........................................................................
Kertas dihadapannya kini diserahkan pada pengawas peperiksaan. Mulutnya tidak berhenti bermunajat kepada Allah. Tawakkal sebagai usaha terakhirnya. Sujud syukur dilakukan oleh seluruh pelajar Islam di dewan peperiksaan selepas selesai kertas terakhir tanda kesyukuran kepada Sang Ilahi. Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba jua. Hani dan Safiyah dipeluk erat oleh Adira untuk melepaskan rasa lelahnya. Dia bersyukur punya sahabat seperti mereka yang hadir tiap kali susah dan senang. Aizat hanya dipandang dari jauh. Tidak berdaya untuk menegurnya lagi. Rasa bersalah dan sedih terbit dalam hati. Sepanjang musim SPM, mereka langsung tidak bersapa. Jikalau bersua muka pun, buat tak nampak sahaja. Padahal, dulu seperti belangkas. Ini semua gara-gara Aizat. Kalau dia tidak mengikut perasaan pasti mereka tidak jadi seperti sekarang. Rindu yang tiap kali hadir didalam benak hatinya berusaha ditepis semahu-mahunya. Sungguh, ini bukan waktu yang sesuai untuk melayari alam seperti itu. Pandangan dialihkan ke arah bertentangan selepas menyedari Aizat sedang memerhatikan setiap inci wajahnya. Debaran di dada dikawal olehnya. Kepalanya diketuk-ketuk berulang kali.
************************************

*Maaf kalau entry kali ni pendek sangat. Akan disambung lagi waktu free. Drop yr comment :)*

Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now