Kenangan Manis

229 8 1
                                    

Tik tok tik tok ...

Terasa pantas masa berlalu. Akhirnya  hari yang diharapkan tidak muncul  tiba jua. Awal pagi lagi dia sudah hadir ke sekolah. Semangat! Takut terlambat sampai ke tempat pertandingan. Cikgu Azizah yang bertanggungjawab untuk menghantar anak didiknya itu.
........................................................................

"Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung... Sepat?"

Katanya secara putus-putus apabila melihat papan tanda di hadapan sekolah tersebut.

'Tanjung Sepat? Peliknya nama. Banyak ikan sepat ke? Atau... banyak bunga tanjung? Kihkih.' 

Dia gelak sendirian. Cikgu Azizah yang melihat gelagat pelik pelajarnya itu hanya menggelengkan kepala. Ingin menghilangkan debaran agaknya,fikir Cikgu Azizah. Kaki dihayun perlahan sejurus keluar dari kereta. Huh. Permudahkanlah segalanya Ya Allah!

........................................................................

Teks pidato diserahkan kepada juri yang kini berada di hadapannya. Kakinya menggeletar seperti anak kecil yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Tisu ditangan digumpal-gumpal bagi menghilangkan debaran yang kini sarat di dada.

'Rabbi, permudahkanlah urusanku pada hari ini. Lancarkan lisanku dan fasihkanlah percakapanku agar mereka memahami kata-kataku. Berkatilah usahaku selama ini. Rabbi yassir wala tuassir rabbi tameem bilkhair.'

Kedua tangan diraup pada wajah pucatnya. Kini, giliran Aizat tiba. Sungguh, kalau bukan kerana rasa simpati pada Cikgu Azizah, dia pastinya sudah tarik diri seperti yang dilakukan oleh Adira. Rasa geram, marah, memberontak kini semuanya bercampur baur walaupun dia tahu tidak sepatutnya dia merasakan begitu.

'Assalamualaikum. Cikgu, maafkan saya. Saya terpaksa tarik diri dalam pertandingan esok. Saya mendapat khabar daripada keluarga di kampung. Paklong saya baru sahaja meninggal dunia. Saya terpaksa balik kampung malam ni juga. Kirimkan salam saya pada Aizat ya. Pesan pada dia, lakukan sungguh-sungguh. Jangan putus asa.'

Whatsapp dihantar kepada gurunya.

Cikgu Azizah yang baru sahaja selesai makan malam bersama suaminya mencapai telefon bimbit miliknya sejurus mendengar deringan darinya. 
Speechless. Cikgu Azizah menghela nafas panjang. Padahal, Adira merupakan ayam tambatan di sekolahnya. Beliau telah meletakkan harapan yang tinggi pada Adira. Namun, beliau juga perlu memahami keadaan Adira.

'Takziah Adira. Saya kesal kamu tidak dapat bertanding esok. Doakan Aizat berjaya. Apa-apa pun, kirimkan salam saya pada keluarga kamu ya. Salam.'
........................................................................
Syukur. Syukur kerana Allah telah permudahkan segala urusan Aizat. Walaupun hanya mendapat tempat ketiga, dia tidak pernah kesal. Baginya, pengalaman yang paling penting dan bukannya gelaran juara yang menjadi kegilaan semua peserta.
'Allah akan beri kita sesuatu sebanding dengan usaha kita.'
........................................................................

Minggu peperiksaan telah berjalan dua hari lepas. Adira, Hani, Safiyah dan semua pelajar bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran bagi mendapatkan natijah yang terbaik.

'Tiada apa-apa yang paling membanggakan ibu bapa selain daripada kejayaan anak-anak.'
........................................................................

Suasana di rumah Aizat kini riuh-rendah. Orang kampung bertungkus-lumus membanting tulang empat kerat membantu Mama dan Papa Aizat memandangkan esok merupakan hari perkahwinan puteri sulung mereka. Aizat turut membantu dalam kerja-kerja membuat persiapan perkahwinan kakaknya. Lima buah khemah terpampang di hadapan rumah Aizat. Tema pink dan purple menjadi pilihan kedua mempelai. Perkenalan singkat di tempat kursus perkahwinan telah membuka ruang di hati Nur Ainna untuk menerima bakal suaminya sebagai imam hingga ke akhir hayat selepas bekas tunangnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dua bulan lepas. Malas untuk kecewa lama-lama, dia turutkan sahaja kata-kata orang tuanya.

"Akbar dah jemput rakan-rakan ke majlis kakak esok?" Mama Aizat yang sedang basuh pinggan di dapur tiba-tiba bersuara apabila melihat kelibat anak bujangnya itu. Akbar merupakan nama panggilan bagi anggota keluarganya.

"Sudah ma. Akbar suruh mereka basuh pinggan sekali esok." Aizat senyum nakal.

Mama hanya menggelengkan kepala. Dia tahu anaknya sedang bergurau.
........................................................................

Majlis berjalan lancar seiring dengan perancangan. Alhamdulillah. Kini, Ainna merupakan isteri orang. Aizat menghela nafas panjang. Bahagia melihat senyuman kakaknya yang hilang entah kemana dua bulan lepas. Dia berharap agar rumah tangga kakaknya berkekalan hingga ke Jannah-Nya.

"Hoi, kau menungkan apa? Tak sabar nak kahwin juga ke?" Suara Adi jelas kedengaran di kupingnya. Kelihatan Hani, Safiyah, Adira dan rakan-rakan yang lain sudah tiba. Aizat terus menjemput mereka untuk menjamu selera.

"Adira, kau nak tahu tak?"
Suaranya dilontarkan kepada Adira yang sedang sibuk mengambil lauk-pauk gamaknya. Sup ekor sungguh menarik perhatiannya. Pertanyaan Aizat sebentar tadi dibiarkan seperti angin yang berlalu. Beberapa saat selepas itu barulah dia memberi response dengan menaikkan sebelah keningnya tanda ingin tahu. Aizat yang masih setia menunggu di belakangnya tersenyum girang layaknya seperti kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gula.

"Kau cantik." Kata-kata itu keluar dari  mulutnya.

"Erk. Tu je? Okay, terima kasih." Adira sedikit tergagap lalu terus pergi ke meja untuk menjamu selera. Hani dan Safiyah sedang menunggu. Sempat juga mereka skodeng Adira dan Aizat, tetapi malas mahu masuk campur.

'Aku? Cantik? Haritu kata comel. Apa kena dengan dia ni? Ish!' Adira bermonolog sendirian sambil menguis-nguis nasi dihadapannya. Hani dan Safiyah melihat gelagat Adira namun hanya meneruskan sahaja suapan. Pasti ada sesuatu yang bermain di minda Adira, fikir mereka.  
'Hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihat kecantikan kita, luar dan dalam.'

Kata-kata Kak Lily, bekas senior di sekolahnya berlegar-legar di ruang minda namun dia berusaha menepis kata-kata itu. Suapan yang terakhir dihabiskan.

**** **** **** **** **** **** **** ****

Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now