Follower Setia

230 6 0
                                    

Puas Adira menggeledah almari biliknya. Muncungnya sudah seperti hanger. Di mana entah letaknya ubat asma dan inhaler miliknya. Nafas ditarik dan dilepas berulang kali. Minyak panas di sebelahnya dioles ke dada. Lega sedikit rasa. Mahu ayah urut, ayah sudah tidur pula. Malas dia hendak mengganggu tidur ayahnya. Jam menunjukkan pukul 12 pagi. Sharp.

Dup dap dup dap....

Hatinya berdebar . Detik paling menakutkan bagi dirinya. Entah kenapa.

'Tenenenet'

"Oi mak kau jatuh meletup."
Adira dengan tidak semena-mena melatah macam mak nenek. Hai lah telefon. Jangan buat aku terperanjat 'malam-malam' boleh tak?

Handphone Samsung A5 miliknya dicapai. Tertera nama si penghantar message.

'Follower Setia'

Senyum diukir. Tawanya pecah tiba-tiba. Entah kenapa Adira save nombor telefon Aizat begitu. Mungkin kerana dia berfikir di mana ada Aizat di situ ada dia. Kahkah.

'Adira, kau okay? Dah makan ubat belum hari ni? Aku tak boleh tidur. Teringatkan kau, terus aku message. Aku whatsapp, kau tak seen pun kan?'

Hati Adira berbunga entah kenapa. Kuat betul instinct mamat ni. Aku memang tengah sakit pun. Tahu-tahu sahaja. Hoi Adira, kau dah kenapa?

'Aku okay je. Dah, tadi lepas makan malam. Aku memang malas nak on data. Nanti kau ganggu je. Hahaha.'

Sempat Adira menipu. Walhal, dia belum makan ubat. Bukan apa, dia tak mahu Aizat risau tentang dirinya. Message kemudian di hantar ke Aizat.

Loading dan... sending failed!
Adeh Dira, kau lupa ke dah berabad kau tak top-up?
Maaf Aizat, katanya sendirian.

Dia kembali membaringkan dirinya apabila nafas mulai reda.

............................................................

"Aizat, sorry tak reply malam tadi. Aku tak ada kredit. Aku okay je malam tadi. Hehe." Adira bersuara depan Aizat di dalam kelas mereka.

"Takpa, aku curious je mana tahu ada orang tu degil lupa nak makan ubat kan?"

Mereka berdua tersengih seperti kerang busuk. Adi, rakan sekelas mereka melihat gelagat Adira dan Aizat lalu sengaja mengusik.

"Ulat bulu dah naik daun~"

Hani, Safiyah dan ahli kelas 4 A geli hati apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Adi. Dan.........

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"

Tawa mereka akhirnya pecah. Aizat dan Adira masing-masing tersipu malu. Drama di kelas Tingkatan 4 A berakhir apabila Guru Sejarah masuk ke kelas. Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing. Mata Aizat sempat menjeling ke arah Adira. Adira yang perasan akan perbuatan Aizat, cepat-cepat menyembunyikan muka di balik langsir.

'Huh. Apahal doo mamat ni. Nak santau aku ke apa?'

Aizat yang sedar akan perbuatan Adira cepat-cepat menyembunyikan jelingannya.

'Oh Adira. Mengapa kau begitu sempurna di mata ku?' Getus hatinya.

**** **** **** **** **** **** **** ****

Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now