Tugas Baru

164 6 0
                                    

Cuti sekolah yang masih bersisa beberapa hari lagi dimanfaatkan sebaiknya sebelum memulakan kerja part-time sementara menunggu keputusan SPM keluar. Berbuih mulut ibu dan ayah Adira menegah dia supaya tidak bekerja. Ayah kata, dia masih mampu sara hidup Adira. Mendengarkan kata ayahnya, dia hanya tersenyum lebar.

"Ayah, ini bukan soal mampu tak mampu. Dira cuma teringin nak ada duit poket sendiri, nak ada pengalaman. Nanti boleh beli apa-apa yang Dira suka.Hehe. Boleh ye, ayah?"

Ayah hanya menggeleng kepala sahaja mendengar pujuk rayu anaknya.

"Yelah, yelah. Tapi ada satu syarat. Gaji pertama nanti belanja ibu dan ayah makan. Boleh ke?"

"Hahaha. Tu je? Okay. No problem boss!"

Ibu hanya tersenyum melihat gelagat suami dan anak kesayangannya itu. Makan tengah hari sudah siap dimasak dan dihidang di atas meja makan. Ibu menjemput mereka untuk menjamu selera.

***

BUTIK ALISYA.

Terpampang papan tanda di bangunan butik itu. Menarik perhatian dan...

"Ops. Maafkan saya. Saya tak sengaja."

Barang-barang yang jatuh kelantai dikutip segera. Berdebar. Takut kena marah. Air mukanya berubah tiba-tiba.
Pucat lesi.

"Tak apa. Lain kali hati-hati. Jangan letak mata dekat lutut."

Gulp! Mendidih darah Adira dibuatnya.

'Kau cakap aku letak mata kat lutut? Eh jangan berlagak sangatlah. Poyo!'

Omelnya di dalam hati. Kalau di ikutkan hati, mahu saja dia tunjal-tunjal kepala lelaki itu. Tapi kerana dia yang salah, terpaksa lah dia makan segala kata cacian. Huh! Sakit hati.

Adira masih belum ada keberanian untuk melihat wajah lelaki itu. Takut kena maki lagi.

"Maafkan saya. Err. Bye dah lambat!"

Tiba-tiba kata-kata itu terpacul dari mulutnya. Kakinya dipercepatkan untuk mengatur langkah beredar dari situ dan...

'Ha?!?! Aizat?!?! Ya Allah malunya!'

Entah kenapa hatinya tergerak untuk memalingkan pandangan ke belakang. Dia melihat Aizat membuka pintu kereta milik papanya. Kebetulan, papa Aizat juga ingin menuju ke kereta selepas keluar dari bank. Sah itu Aizat!

'Tapi kenapa... Kenapa Aizat tak tegur aku? Kenapa dia kata kasar kat aku?'

Suara tadi diimbas kembali dalam memori ingatannya. Ya. Itu suara Aizat. Dek kerana terlalu cuak, dia tidak dapat mentafsir suara yang sangat dikenalinya sebentar tadi.

'Hmm. Marah betul dia kat aku.'

Jam tangan dikerling sekilas. 8.50 AM. Ada lagi 10 minit sebelum memulakan tugas baru. Huh! Kejadian tadi dilupakan buat sementara dan langkahnya terus diorak ke dalam butik tersebut. Senyum terpaksa diukir dibibir.

**** **** **** **** **** **** **** ****



Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now