Aku kah?

214 5 2
                                    

'Dira, mungkin tak patut untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Tapi jujur aku kata, aku jatuh cinta tahap dewa kat kau. Aku tak bohong.
I love you, Adira Atiqah.'

Sticker note ditatap berulang kali. Hampir sebulan lebih masa berlalu. Aizat menyelitkan sticker note di dalam buku nota Adira sewaktu di perpustakaan tempoh hari. Ketika Adira sedang khusyuk menyelesaikan soalan Mathematics, dengan cepat tangannya menarik buku nota yang elok terletak di dalam beg sekolahnya.

'Kenapa Aizat, kenapa? Aku tak ada perasaan kat kau lebih daripada seorang kawan...'

"Oi menungkan apa tu?" Sergah Kak Yaya dari arah belakang. Kak Suraya, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yaya merupakan rakan sekerjanya. Semenjak bekerja di Butik Alisya, Kak Yaya yang banyak memberi tunjuk ajar pada Adira. Adira sudah menganggap Kak Yaya seperti BFF nya sendiri. Mudah diajak bergurau, memahami dan gila-gila. Hani dan Safiyah? Mereka kini jarang berjumpa. Hani kini menjadi salah seorang staff Papanya di syarikatnya sendiri. Dia memang anak orang berada, tapi secebis perasaan sombong langsung tidak terdapat dalam dirinya. Safiyah pula berpindah ke Kelantan kerana terikat dengan urusan kerja ayahnya. Apa nak risau, Skype kan ada. Hmm.. tapi tak sama...

"Apa Kak Yaya ni. Terkejut Dira tau. "

Sticker note disimpan rapi ke dalam beg. Ekor mata Kak Yaya tidak putus memerhatikan tindakan drastik Adira.
Apa agaknya tu? Mindanya mula memainkan peranan.

"Apa tu Dira? Meh sini akak tengok jap."

"Eh mana ada apa-apa. Hehehe"

Sebaris gigi ditayang pada Kak Yaya. Ala-ala Fazura KimK. Eh?

Kak Yaya hanya menggelengkan kepala sahaja. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Adira.

"Em. Kak Yaya." Suara hatinya pecah di mulut.

"Ya sayang. Ada apa yang boleh hamba bantu?" Matanya dipejam celikkan berulang kali. Eleh, nak tunjuk comel lah tu. Tapi, memang comel pun.

"Hm. Kalau ada lelaki kata dia suka atau minat kat kita, kita kena percaya ke?"

"Fellamak adik akak dah laku lah. Hahaha okay akak gurau. Hm. Jangan percaya sangat selagi dia belum betul-betul serious. Tu jelah akak mampu kata, sebab belum pernah lagi orang confess kat akak. Hahahaha"

Adira galak melepaskan tawanya. Haih Kak Yaya. Tak pernah hilang gurauan dalam dirinya. Sungguh, dia terpesona dengan Kak Yaya. Sentiasa ceria walaupun sebenarnya memendam duka. Masih tersenyum walau dicemuh masyarakat. Mana tidaknya, dalam usia sebegitu muda sudah berani memakai niqab atau kata lainnya, purdah. Teringin mahu menjadi seperti Kak Yaya. Ayu dan sopan. Calon isteri mithali lah senang kata. Hehe.

' Nasib baik aku takda abang.'

***

Kain telekung dan sejadah dilipat kemas seusai membaca Al-quran sesudah mendirikan solat Isyak. Rancangan hiburan di televisyen langsung tidak menarik perhatiannya seinci pun. Dia bercadang untuk rehat sahaja di dalam bilik memandangkan letih seharian bekerja. Kak Yaya yang menghantarnya pulang ke rumah lewat petang tadi kerana ayahnya ada hal yang perlu dibereskan secepatnya. Telefon bimbit digapai lalu membuka aplikasi whatsapp. Bosan. Kalau dulu, Aizat yang sering bertanya khabar dan berbual kosong macam mak nenek. Conversation yang sudah lama sunyi dibuka. Nak kata rindu, tidaklah sangat. Nak kata tak rindu, tidak juga. Argh confused. Status whatsapp Aizat yang baru diupdate 5 minit lalu menarik perhatiannya.

'I miss you, AA.'

Gulp. Air liur ditelan berulang kali.

"AA? Adira Atiqah? Ish! Jangan perasanlah Adira Atiqah!"

Selimut di kaki ditarik hingga ke paras dada dan bantal ditekup kemuka tanpa membenarkan sedikit ruang pun dapat menembusi rongga hidungnya. Argh lemas!

**** **** **** **** **** **** **** ****

Kita Kawan Kan?Where stories live. Discover now