Chapter 7

26 2 0
                                    

Start chapter ni nama Hyuri dah jadi Hara so korang tak payah pening dah.

xxxx

Sudah seminggu berlalu. D.O dan Hara menjadi semakin rapat. Hara pula sudah boleh menyentuh barang barang seperti manusia biasa.

D.O P.O.V

Aku merebahkan diri di atas katil. Cuba untuk melelapkan mataku. Tetapi entah mengapa mataku masih terasa segar walaupun sudah masuk pukul 1:46 am.

Tiba tiba fikiranku teringat akan Hara. Aku yakin dia ialah Hyuri! Naluri aku kuat mengatakan yang bahawa dia adalah Hyuri.

Dari wajahnya,sifatnya,senyumnya dan cara percakapan dia sama seperti Hyuri. Ya, aku ingat segalanya tentang Hyuri. Aku yakin dia ialah Hyuri. Dan dia sengaja mahu menipuku. Tapi mengapa?!

Ahh! Fikiranku semakin kusut!

'Poppp!'

Telefonku berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk. Aku mencapai Iphoneku yang berada di tepi katil lalu membuka screen lock.

Kris.

Ya Kris menghantar whats app kepadaku.

-Yoww!- Kris.

-Kau nak apa whats app aku malam malam buta ini?- Me (Seen).

-Kau dah tidur ke?- Kris.

-Haah aku dah tidur. Yang tengah whats app dengan kau sekarang nih roh aku.- Me (Seen).

-Ish kau ni. Aku tanya betul betul kau main main pulak.- Kris.

-Yang kau pergi tanya soalan cerdik tu kenapa?- Me (Seen).

-Yela,yela -.- salah aku. Hah straight to the point. Kau dah mengantuk ke?- Kris.

-Belum lagi. Tak boleh nak lelap lah tak tahu kenapa.- Me (Seen).

-Isomnia lah tu.- Kris.

-Yela kot.- Me (Seen).

-Aku sebenarnya nak ajak kau lepak. Dengan geng kita. EXO dengan the bubblegummers. Kau nak ikut tak?- Kris.

Aku mengerlih ke arah jam. Pukul 1:57 a.m. Nak masuk pukul dua dah. Apa mimpi budak nih? Malam malam buta ajak lepak.

-Kau kena sampuk hantu mana nih? Dah nak pukul 2:00 pagi kot. Kau boleh ajak lepak lagi?- Me (Seen).

-Bukan aku yang ajak. Suho ajak. Kebetulan semua tak boleh tido. Kau nak ke tak nak?- Kris.

Aku berfikir buat seketika. Ada baiknya aku ikut diaorang. Mata aku tak boleh nak pejam. Daripada duduk mereput dekat rumah.

-Bolehlah. Kat mana?- Me (Seen).

-Alah.. Macam biasa.. Nite Shade Cafe.- Kris.

-Ok aku datang sekarang.- Me (Bluetick).

Aku mengapai kunci keretaku. Baju tak perlu ditukar. Kerana selepas balik tadi aku tidak tukar baju aku.

Baru sahaja aku hendak mula melangkah. Tiba tiba aku ternampak kelibat manusia berada di hadapanku. Haihh. Harap harap bukan cik Ponti lah.

"Kau nak pergi mana?" Tanya seseorang. Aku mengangkat muka. Fuhh! Nasib baik bukan Cik Ponti. Kalau tak memang dah lama aku bukak langkah sejuta.

"Haishhh.. Kau ni memang suka buat aku terkejutlah! Nasib baik aku tengah nak keluar tadi. Kalau aku tengah salin baju?" Bebelku. Dia hanya tersengih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 17, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Forgive MeWhere stories live. Discover now