Chapter 6

21 1 0
                                    

Hyuri membuka matanya perlahan lahan. Tetapi sinar mentari yang menerangi ruangan itu membuatkan dia spontan menutup matanya kembali. Silau. Bagaikan sudah lama tidak terkena panahan sinar matahari.

Dia kemudian membuka kembali matanya melawan sinar matahari itu. Tangan dibawa ke arah kepala yang terasa berat. Badannya terasa sakit. Bagaikan sudah lama tidak bangun dari pembaringan.

Hyuri bangun secara perlahan lahan. Matanya mengerling ke arah jam yang berada di ruangan itu. Pukul 12:18 tengah hari. Dia pantas bangkit dari duduknya untuk mandi. Tak betah dia baring lama lama. Terasa melekit seluruh tubuh badannya.

Seketika kemudian dia tersedar bahawa dia bukan berada di biliknya. Matanya meliau melihat persekitaran bilik itu. Sah! Dia bukan berada di biliknya.

Rasa cemas mula menyelubungi dirinya. Dia terpandang akan satu pintu yang berada di bilik itu. Perlahan lahan Hyuri menapak ke arah pintu itu.

Dia cuba untuk memulas tombol pintu itu tetapi tangannya seolah olah menembusi tombol itu. Hyuri semakin pelik. Berkali kali mencuba tetapi tidak berjaya juga. Dia tidak mempunyai pilihan lagi. Dia harus memecahkan pintu itu.

1, 2, 3!

Berjaya! Eh sekejap. Kenapa badannya tidak berasa sakit sedikit pun? Pandangannya dialihkan semula ke arah pintu yang cuba dipecahkannya tadi.

Pintu itu masih tertutup seperti biasa. Tiada tanda tanda yang menunjukkan pintu itu terbuka tadi. Hyuri semakin pelik. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia melihat keadaan sekeliling. Hospital? Ya! Dia berada di hospital! Matanya tertumpu pada seorang jururawat yang sedang berjalan sambil membawa sebuah fail berwarna biru.

Dia mencuba untuk menahan jururawat itu. Tetapi tangannya menembusi bahu jururawat itu. Hyuri bingung. Dia memalingkan dirinya menghadap ke belakang.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati jasadnya sedang berada di dalam ruangan yang dia berada tadi. Wayar berselirat di tangannya. Kepalanya dibalut. Dia melihat jasadnya melalui cermin lutsinar yang berada di belakangnya.

Seluruh tubuhnya menggigil. Otaknya sedang mercerna apa yang berlaku kepada dirinya sebelum itu.

Flashback

"Ahhhhh!!!!"

BOMMMMMM!!!!

Kereta yang dipandu Encik Choi terbabas masuk ke dalam gaung itu. Jasad Encik Choi tercampak 5 meter dari kereta itu manakala jasad Hyuri tercampak 4 kilometer dari tempat kejadian. Kepalanya terhentak di atas batu. Hyuri sempat melihat orang orang ramai sedang mengerumuni tempat di mana di kemalangan tadi.

Dia cuba untuk bersuara meminta bantuan tetapi tekaknya terasa perit.

BOMMMMM!!!!

Kereta yang dipandu oleh Encik Choi tadi meletup. Hyuri menangis dan cuba untuk bangun. Tetapi tubuhnya sangat lemah ketika ini. Tiba tiba ada seorang lelaki menghampirinya. Dia sempat memanggil Hyuri dengan panggilan 'cik' dan menjerit meminta pertolongan. Selepas itu Hyuri tidak mendengar apa apa lagi. Matanya terpejam rapat.

Flashback

Badan Hyuri bergetar hebat. Dia telah mengingati semuanya! Adakah ini bermaksud dia hanyalah roh? Adakah jasadnya dapat diselamatkan?

Dia menangis semahu-mahunya dan berlari menuju ke tandas. Saat ini fikirannya hanya memikirkan tentang nasib dirinya. Adakah dia boleh diselamatkan?

Forgive MeWhere stories live. Discover now