•Kehidupan Baharu 2•

3.4K 179 0
                                    

Ayam yang berkokok di waktu pagi mengejutkan aku. Aku bangun dan duduk di atas katil. Aku mengambil tuala lalu keluar dari bilikku untuk ke bilik air. Aku mandi dengan bersih. Air yang sejuk membuatkan aku menggigil. Aku keluar dari bilik air dan masuk ke dalam bilik. Aku memakai baju kurung berwarna merah jambu berbunga. Aku menyanggulkan rambutku. Aku keluar dari bilik. "Ara, cepatlah. Kata nak belajar memasak", kata Dhian. Aku berjalan ke dapur untuk belajar memasak. "Kita nak belajar memasak apa hari ini?", tanyaku. "Banyak, lagipun lusa Ara dah nak balik. Macam mana nak belajar semua. Hari ini belajar memasak. Esok belajar membuat kerja rumah dan berhias", kata Dhian. Aku belajar memasak dengannya. Aku dan dia sudah seperti adik - beradik. Kami terlalu rapat. Aku memasak pelbagai jenis makanan seperti aneka makanan  goreng, makanan barat, pencuci mulut, minuman dan banyak lagi. Aku belajar memasak sambil belajar. Aku belajar semua bahan - bahan, rempah dan banyak lagi. Aku menyalin beberapa resipi di dalam buku nota. Aku belajar memasak dengan tekun. "Dhian, cuba rasa", kataku sambil menghulurkan sesudu puding roti. "Emm... sedapnya!", kata Dhian. "Ara, pergilah mandi dan solat Maghrib. Selepas itu, kita makan malam bersama", kata nenek. Aku mengambil tuala dan segera masuk ke dalam bilik air. Aku mengelap badanku dan memakai baju dan kain batik. Aku solat Maghrib. Aku keluar dari bilik untuk keluar makan. Aku memang lapar. Aku makan dengan berselera malam itu.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now