CINTA

961 15 1
                                    

28 dec 2013

hari yang dinantikan sudah pun tiba, puan noraini dan encik hamidon sibuk mengemas dan memasak sebelum tetamu yang lain datang ada jugak sedara mara, pak cik mak cik yang datang menolong time hari pertunangan qaseh ezarah dan syed mikail..

qaseh duduk didalam bilik sambil disiapkan oleh mak andam, kawan-kawan qaseh temankan. qaseh di touch dengan make up yang agak lembut dan tidak terang, cantik dikenakan dengan baju kurung moden dan tudung berwarna krim. qaseh kelihatan sangat cantik. 

''qaseh dah siap ke ??'' panggil puan noraini ''sudah mama ! '' teriak qaseh dari dalam. puan noraini masuk tengok anak sulungnya. ''cantiknya anak mama''puji puan noraini ''hihih tengok lah siapa mama dia ''nyakat qaseh semula ''dah jom lah keluar keluarga pihak lelaki dah sampai''ajak puan noraini. qaseh dah mula seram sejuk untuk keluar. nasib ada kawan-kawan yang sudi nak temanya disisi, kalau tak mahu pengsan agaknya,

''assalamualikum saya bagi pihak keluarga syed mikail bin khorizan datang membawa hajat baik lah saya mulakan dengan pantun, Akar memanjat pohon ara Nampaknya cantik berseri laman Besarnya hajat tidak terkira Hendak memetik bunga ditaman.''  encik hashim sudah menjual pantun  '' walaikumusalam selamat datang bagi pihak lelaki dan keluarga ye, saya wakil atok sedara kepada bunga yang syed nak petik tu,nampaknya orang dah menjual. saya membeli lah yea Nampak cantik berseri laman Tempat bertandang beruk dan kera Hendak menyunting bunga ditaman Sudahkah cukup syarat dan kira?'' riuh rendah mereka berlawan pantun ''Pergi mengail ikan gelama Laut gelombang serta gelora Niat baik sudah diterima Nak tengok dulu muda kah tua!'' atok qaseh menjual kembali pantun''Bunga cantik hiasan taman Bunga sena penghias biara Tentulah pemuda yang jadi idaman Orang tua pengatur bicara.'' mereka yang lain sudah tergelak besar ''Kalau padi katakan padi Tidaklah kami tertampi-tampi Kalau sudi katakan sudi Tidaklah kami ternanti-nanti.'' akhirnya mereka menghabiskan pantu yang diakhiri oleh pihak perempuan Pohon cempedak ditepi titi Pohon nangka buah sebiji Kalau sudah berkenan dihati Marilah kita mengikat janji'' mereka telah mengikat tali pertunang selama setahun.. 

Selepas selesai dua-dua pihak berpantun. tiba masa mama syed mikail menyarungkan dua cincin merisik dan bertunang.

"Assalamualikum qaseh " puan umi kalsum memberi salam dekat bakal menantu "walaikumsalam mak cik" qaseh memberi senyuman yang sangat manis dan membiarkan puan umi kalsum memyarung cincin dekat qaseh dan mencium pipi qaseh.

Selesai menyarung cincin mereka memanggil syed mikail untuk tangkap gambar bersama. Majlis berjalan dengan sungguh meriah sekali..

Mereka hanya menjemput family dan rakan-rakan yang terdekat sahaja. walaupun majlis mereka kecil-kecilan family yang hadir cukup membuat majlis mereka menjadi riuh rendah.. 



MAAFKAN SAYA JIKA CERITA NI AGAK MEMBOSAN KAN JANGAN LUPA COMMENT JIKA ADA SALAH SAYA DAN JANGAN LUPA VOTE SAYA UNTUK SOKONG SAYA

















- CINTA - ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang