Bab 1

6.9K 18 0
                                    




Zara merenung ke katil tidurnya. Dia tersenyum sendiri. Tak disangka, kemelut yang selama ini dihadapinya berakhir dengan penuh momen momen indah. Dibuka laci kecil di meja soleknya, di ambil catatan diari rahsia perasaannya itu. Lalu dia menyambung coretan cintanya...

"...dia masih lena, dibuai mimpi indah mungkin. raut wajahnya yang tenang membuatkan aku suka merenungnya. dia lah cinta aku yang suci, dia lah lelaki yang selayaknya untuk aku hidup bersama inshaAllah...". terhenti seketika coretan Zara tatkala bahunya disentuh sesorang.

"Assalamualaikum cinta...". ucap si suara garau nan romantis sambil mengucup kepalanya.

"Waalaikumussalam...Encik Azam". balas Zara pendek, malu agaknya. "U are waking up too early today sayang. We do not have any plan yet, right?". sambung Zara memandang wajah kusam bermata kuyu itu.

"Haha...yes we do have plan today. My plan actually sayang. Kinda surprise for my lovely Zara." ucap Azam tersenyum.

Haish, jangan senyum macam tu encik suami. Terkamkan nanti baru tahu. Monolog Zara sendirian. "Surprise? Haha saspens betul la awak ni." balas Zara malu.

Azam segera menarik isterinya ke dakapannya. Zara menelan air liur. "I hope u like it once u see it." bisik Azam perlahan bak angin mencecah cuping telinga. "Dah jangan buat muka blur comel tu, jom teman saya mandi. Hahahaha..." ketawa Azam meninggalkan Zara yang masih tercengang.

Zara tersenyum sendiri. Ya, memang dia sudah jatuh hati pada suaminya itu. Lelaki yang tidak pernah putus asa untuk membahagiakan walaupun pelbagai bala dan konflik terjadi antara mereka. "Zara sayang Azam." Gumamnya perlahan, terus menuju ke bilik mandi.

SuamiWhere stories live. Discover now