"Zara sayang, jangan nangis ye. Doakan abang jumpa jalan pulang ke dakapan sayang. Cakap dengan abang selalu, supaya abang tak sesat dalam dunia abang sekarang. Suara Zara, panduan abang untuk pulang..."
Zara tersentak dari lenanya. Bilik yang berdingin hawa itu tidak mampu mengurangkan bahang suhu badannya. Keringat di dahi dilap menggunakan selimut nipis. Hatinya dirudum sebak. Rindunya pada suara suaminya sedikit terubat walaupun hanya mimpi. Baju suaminya didakap lembut, baju badan suaminya masih ada. Dia menangis.
"Abang, Zara akan tunggu abang sedar. Zara rindu abang." Ucapnya perlahan.
***
"Kenapa kamu ke rumah Azam pada hari berkenaan?"
"Adakah kamu yang menyebabkan kecederaan serius pada mangsa?"
"Apakah keadaan Azam semasa kamu meninggalkan rumah berkenaan?"
"Perlu ke kamu masuk campur urusan rumah tangga adik kamu?"
"Undang-undang apa yang kamu guna untuk menghukum seseorang sewenang-wenangnya?"
Berjam-jam Zahid disoal siasat. Dirinya penat. Penat menahan geram dan rasa menyampah terhadap anggota polis yang berlagak keras, kasar dan tegas. Padahal kerap makan duit haram dari penjenayah. Sebahagian, bukan semua polis berperangai begitu. Hatinya panas kerana ditubuh bersubahat dengan lagi 3 ekor celaka terlibat. Padahal jelas rakaman CCTV menunjukkan dia tiada kaitan dengan mereka bertiga. Patutlah kes banyak suspend. Bukti tak kukuh, pesalah bebas, mangsa merana.
Zahid melangkah keluar dari balai menuju ke keretanya. Dia dibebaskan kerana terbukti tiada perkaitan antara dia dan suspek yang dicari. Dia mungkin akan disabitkan dengan tuduhan mencederakan orang awam sekiranya Azam menfailkan saman atau merepot kepada pihak polis. Setelah masuk ke dalam keretanya, dia segera menghidupkan enjin dan menyejukkan diri. Segera dia beredar dari balai untuk ke hospital.
Pemanduan yang agak santai, Zahid tiba di satu selekoh. Tiba-tiba satu kereta meluncur laju dari arah hadapan, hampir bertembung dengan keretanya. Namun, refleksnya pantas memulas stereng mengelak dari dirempuh. Bunyi tayar berdecit, Zahid mendengus geram. Celaka mana yang memandu macam sial?. Dia segera keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta tadi. Kelihatan seorang wanita tercungap-cungap bernafas dan cuba untuk bertenang. Dibajunya tercalit kesan merah, mungkin darah.
"Weh kau perempuan! Tak reti drive, duk umah goyang tetek sudah la, jangan nak bagi orang lain mampus!" Jerkah Zahid menyinga.
Wanita itu hanya mengumam sesuatu, suaranya bagai tersekat dikerongkong. Perutnya ditekan kejap.
"Weh betina kau dengar ke tak aku cakap ni? Asal? Dah bisu takle nak cakap?" Tengking Zahid menghampiri wanita tersebut.
Tatkala melihat wajah Zahid dari dekat, wanita itu pitam. Zahid terkesima, dia mula cemas. Telefon segera dikeluarkan dari poket seluar dan 999 didail.
***
Zara menggenggam erat tangan kaku suaminya. Hari-harinya suram, penuh kesal dengan layanannya terhadap Azam. Azam terlalu baik untuknya. Pintu bilik dikuak, Zahid muncul bersama Inspektor Imran dan Sarjan Melisa. Kerutan di muka mereka menjadi tanda tanya pada Zara.
"Zara, kami ada berita gembira untuk perkembangan kes ini. Dan kami perlukan Pn. untuk sama-sama menjayakan plan kali ini."Ujar Inspektor Imran berhemah.
"Dah jumpa suspek?" Tanya Zara mendatar. Tiada riak dimuka mulusnya.
Satu gambar dihulur kepada Zara. "Kenal siapa lelaki ni?" Tanya Sarjan Melisa.
Zara mengerut dahi, matanya beraliih kepada Zahid untuk meminta kepastian. "Tak." Jawabnya pendek.
Sekeping lagi gambar ditunjukkan kepada Zara. Soalan sama diajukan. "Macam familiar but I did not recognise her."
"Okay, ni gambar yang last sekali." Sarjan Melisa berdiplomatik melakukan tugasannya.
Zara merenung tepat ke gambar itu. Hatinya tertanya-tanya apakah kaitan semua ini?. "Sangat kenal. Ini Sham, bekas kekasih saya."
***
Azam melihat cahaya dari kejauhan. Bermula sekecil penumbuk, membesar hinggan menerangi keseluruhan tempatnya. Dia terpana seketika setelah mendengar suara merdu bercakap dengannya. Suara Zara. "Abang, bangun la. Buka la mata abang. Zara sanggup tunggu abang sampai abang sedar. Dengar suara Zarakan?. Wake up honey. Zara rindu nak dengar suara abang..."
Azam bagai ditarik akan arah suara itu, terapung tanpa sebarang daya. Dirinya bagai terawangan ke arah cahaya yang terang itu, semakin lama semakin dekat hingga menyakitkan matanya untuk terus melihat cahaya itu. Papp..! Ibarat kejutan eletrik, Azam tersentak. Terasa denyutan nadinya cepat sekali.
Azam perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Silau.
YOU ARE READING
Suami
RomanceTak semua yang kita nak kita dapat. Tak semua pasangan suami isteri merasa cinta di awal perkahwinan. Tak semua suami dapat habuan di malam pertama. Tak tahu nak describe macam mana, just read it. Thanks, enjoy reading :)