Aku renung pekat malam,
Keseorangan,
Kononnya aku ingin peneman,
Untuk sama-sama membilang bintang.Asalnya aku bosan,
Aku kesunyian.Aku juga ingin ada yg cinta mengucap kata sayang,
Bilang kata rindu,
Puja aku selalu.Maka hati aku mencari,
Pada siapa yg harus ku jatuh.Bila aku ketemu,
Aku jatuh dalam-dalam,
Sehingga aku lebam kerana terjatuh sayang dek kerana kesunyian.Bila lebam aku mulai hilang,
Bosan keseorangan aku mula memudar,
Aku terasa kebosanan bila berdua.Rimas dek kerana peraturan-peraturan bercinta,
yang tak tahu siapa penciptanya,
Cemburu buta, ribut baran, kongkong mengikat.Akhirnya aku memilih jalan keseorangan.
Sehingga buat aku terfikir,
Apakah kejam kerana aku jatuh cinta dek kebosanan,
Atau cinta itu menyiksakan sehingga buat aku memilih untuk bersendirian.Binggung sungguh.