Kejam

31 0 0
                                    


Perkataan kejam itu kadang-kadang terlalu kejam bunyinya
Untuk dihadam,
Untuk diterima,
Di kunyah bulat-bulat.

Tapi ianya kejam.

Ada saat yang,
Aku rasa aku kejam.

Sudah ditunjuk segala jalan,
Bukti rasa sayang,
Aku masih tamak.

Aku mahu lebih.
Aku mahu ada kata yang terluah,
Ada ayat yang boleh aku pegang
Ada simpulan huruf yang jadi jamin membuktikan.

Walau cuma satu ayat.
Walau sudah satu tahun purnama berlalu,
Aku mahu.

Ada juga saat,
Aku rasa kau kejam.

Sudah dicuri segala hati ini,
Kemudian kau selalu biar sepi,
Tanpa bukti.

Dingin dan kaku tanpa ada bunga api,
Tanpa ada kelip-kelip menghiasi,
Apatah lagi rama-rama yang terbang tinggi.

Tak mengapa,
Biar kita sama-sama kejam,
Biar tak ada dendam,
Siapa yg benar atau salah dalam kalam.

Selamat hari lahir kita.
22 mac 2018.

puisi bisuWhere stories live. Discover now