Dari kaca mata wanita.
Mungkin, pada yg separuhnya,
Anggap ini cuma satu tarikh biasa,
Cuma hari biasa.Matahari tetap terbit seperti biasa dipagi hari,
Tanpa menunggu ucapan syg yg penuh berseri.Ianya nampak biasa seperti hari-hari kelmarin,
Cuma, hari ini, genap setahun ulangan yg lalu,
Ialah hari yg berbeza.
Hari permulaan bagi kedua-duanya.Dek kerana ianya nampak seperti biasa dan sama semuanya,
Tarikh ini dilupa,
Seakan hari biasa.Bila rajuk datang,
Panjang membuka cerita,
Kau bengang.
Kau kata seperti kelakuan anak-anak,
Benda kecil sebegini mahu menjadi laga antara kau berdua,
Cuma lupa hari yg seakan biasa.Tapi pada dia,
Yang wanita diluar
Juga anak gadis manja,
Mahu dimanja mahu didomba,
Pada dia,
Ianya cuma dtg dua belas purnama sekali,
Cuma sekali.Bukan mahu dimandi,
Dicurah permata serta segalanya,
Cuma mahu berkongsi cinta,
Cuma mahu berkongsi cerita,
Berkongsi ingatan sayang yg tidak selalu datangnya.Cuma itu.
Dan tidak kah kau sedar?
Tanpa hari itu tiba,
Kau tak akan merasa semua,
Bahagia, cinta dan derita?Kerana hari itu tiba,
Mulanya kau seorang kemudiaannya berdua?
Mulanya nasi kicap kau berubah menjadi penuh warna dan rasa?
Mulanya kemeja hapak menjadi bucu dan terjaga?
Mulanya kabut kemudiannya sempurna?Lupa dan alpa kah dikau?
Apa perubahan itu tiada makna dimata?
Tiada kesan dijiwa,
Ringan dan mudah di minda?
Sehingga kau tinggalkan penghargaan kerana sibuk kerja?Duduk seketika,
Renung lah semula,
Apa perkenalan dgn nya tiada yg istimewa,
Apa Makna dan rasa bahagia itu terlalu biasa?Jika dialah cinta dan bahagia,
Maka kau akan punya waktu dan masa,
Untuk bicara dan tabur seri bahagia bersama.