tuk tuk ... pintu bilik pejabat Faris diketuk . Faris yang sedang memeriksa fail projeknya pun lantas bersuara .
"Masuk "kata Faris .
"Selamat pagi Encik Faris , saya ada benda nak bagitahu ni . pukul 11 pagi kejap lagi ,ada meeting dengan syarikat Maju Jaya pasal projek pembangunan dekat Seremban "kata Elyana PA Faris .
"Selamat pagi jugak El , oh . secara mengejut ye , ada projek baru eh ?"jawab Faris .
"Yup , projek baru "jawab Elyana .
"Okay terima kasih ingatkan "ucap Faris .
"Dah memang tanggungjawab saya .Kalau dah takde apa lagi ,saya keluar ye Encik Faris "kata Elyana .
"Okayy "jawab Faris .Tepat pada pukul 11 pagi , Faris pun menaiki lif menuju ke tingkat 6 untuk menghadiri mesyuarat . Lif yang ditekan butangnya tiba , di dalam lif terlihat ada seorang perempuan yang begitu seksi . Faris tidak memandang muka perempuan itu , lantas dia masuk ke dalam .
"Hai "tegur perempuan itu sebaik sahaja pintu lif ditutup .
"Oh hai "jawab Faris yang dari tadi senyap sahaja tidak memandang ke arah perempuan itu .
"Muka I ni ada yang tak kena ke sampai tak nak pandang muka I?"tanya perempuan itu .
"Ha ? oops sorry "kata Faris smbil memusingkan kepalanya memandang ke arah perempuan itu , terkejut Faris apabila perempuan itu ialah Ayreen .
"Sokaylah"jawab Ayreen .
"Ayreen?You buat apa kat sini?"tnya Faris .
"Yup,takkanlah You tak tahu . Syarikat Daddy I kan berkerjasama dgn syarikat papa You,so I datang sini nak attend meeting "jawab Ayreen .
"Oh ya , meeting psal projek pembangunan kat Seremban tu eh ?lupa pulak "kata Faris .
"Yup ,hish You ni "jawab Ayreen .
Sedang mereka berbual , lif pun tiba di tingkat 6 . Mereka berdua menuju ke bilik mesyuarat , di bilik mesyuarat terdapat ramai yang menghadiri mesyuarat . Faris terkejut melihat Akief pun ada turut hadir bersama .
"Segala kos bagi menyiapkan bangunan ini sudah saya fikirkan dan kirakan . saya harap Encik Faris dan Ayreen anak saya dapat berkerjasama mereka struktur dan membina bangunan di Seremban "kata Dato Ayai Daddy kepada Ayreen dan merupakan pengarah syarikat Maju Jaya kepada semua orang yang hadir pada mesyuarat itu . Faris pula membisik ditelinga Papanya yang merupakan ceo syarikat Gemilang Holdings .
"Pa , kenapa Akief ada jugak kat sini?"bisik Faris ditelinga papanya .
"Akief kata dia nak kerja dgn Papa , Papa pun ambil dia berkerja dengan Papa "jawab Papanya .
"Oh , Papa ambil dia berkerja bahagian mana ?"tnya Faris .
"Papa ambil dia berkerja sebagai partner kamu dalam projek pembangunan ni "jawab Papanya .
"Haa?Papa yakin ke dia boleh buat ?"tnya Faris .
"Mestilah boleh , dia pun ambil kos belajar mcam kamu cuma beza dia tak habiskan pembelajaran dia "jawab Papanya .
"Erm okay Papa "kata Faris .
Habis sahaja mesyuarat , mereka semua bersurai pulang . Faris menunggu adiknya Akief di luar untuk berbual .
"Akief , sini jap . abang nak cakap sikit "ajak Faris sebaik sahaja Akief keluar dari bilik mesyuarat .
"Kau nak apa?"tnya Akief dengan muka bengis .
"Kenapa Akief berhenti belajar?"tnya Faris .
"Suka hati aku lah , nak berhenti ke nak sambung . kau kisah apa ?"jawab Akief .
"Abang ni tak suka lah Akief buat perangai macam ni , benda dah lepas tak payahlah nak ingat lagi "kata Faris .
"Kau fikir senang nak lupakan ? kau dah tahu aku memang sukakan Fina dari kecik lagi , kau kahwin jugak dengan dia kenapa ?"jawab Akief .
"Abang kahwin dengan Fina sebab arwah tok wan tau , Akief kena redha abang dengan Fina dah jadi suami isteri dah pun "kata Faris .
"Arh , aku tak peduli semua tu . aku akan pastikan Fina tetap jadi milik aku "jawab Akief lalu pergi meninggalkan Faris namun ditahan oleh Faris .
"Akief kena redha , jangan ikutkan perasaaan yang membara tu . ingat tuhan "kata Faris dan Akief pun cuba menepis tangan Faris yang menahannya dari berlalu pergi .
"Tak sabar nak berkerjasama dengan You dalam projek ni "kata Ayreen yang tertiba sahaja muncul .
"Erm I jugak "jawab Faris dengan senyuman yang tidak seberapa manis .
"You macam tak suka je "kata Ayreen .
"Eh mana ada , okaylah I nak balik . I penat ni . nanti jumpa kat tempat projek esok okay "jawab Faris smbil cepat -cepat meninggalkan Ayreen .
"Susahnya aku nak berbual panjang dengan kau ni Faris "kata Ayreen sendiri .
"Dah puas hati Ayreen ? nak sangat Daddy bekerjasama dengan syarikat Gemilang Holding?"tnya Encik Ayai Daddy Ayreen dari belakang Ayreen .
"Belum lagi Daddy "jawab Ayreen .
"Kamu ni , nasib baik kamu anak tunggal Daddy"kata Daddynya .Hari pun sudah menjelang malam ,Syafina yang baru sahaja selesai solat isyak dan melipat telekungnya pun baring di atas katilnya . Rabiatul dan Ayunni tiada di dalam bilik , mereka berdua pergi ke kantin untuk membeli makan malam .
"haish penatnya , kejap lagi ada lagi kerja nak kena buat . sabar je lah lagi berapa hari je nak cuti lepastu boleh tinggal rumah sendiri dah "mengeluh Syafina .
Sedang Syafina hendak menutup mata , phonenya berbunyi menandakan ada mesej whatsapp masuk . Syafina pun segera mengambil phonenya di atas meja belajar . Dia melihat nama Faris terpapar di skrin phonenya .
Faris : Asalamualaikum Sayang Abang , dah makan belum ?duit ada lagi tak ? cukup tak ? kalau tak cukup abang boleh bank in duit dalam bank Fina , Abang rindu sangat kat Fina . Rindu nak tengok muka Fina yang comel , lawa lepastuh nak tatap je muka Fina .
"Bukan dia je yang rindu kat aku , aku pun rindu kat dia sesangat ni"kata Syafina dalam hati sambil senyum seorang diri .
Syafina :waalaikumusalam , dah makan dah tadi . duit cukup je , eh tkpe tk pyh nak bank in . yeke rindu ni?
Faris yang sedang menyandar di sofa pun menerima mesej whatsapp dari Syafina .
"Eh dia ni , tak nk caye pulak "kata Faris di dalam hati .
Faris : Oh , okay . ye abang rindu Fina sesangat tau . kalau Fina ada kat depan abang ni mesti abang dah peluk Fina kuat kuat , hahaha .
"Haa? apahal dia ni ? rindu sesangat smpai nak peluk aku ni?"tnya Syafina dalam hatinya apabila dia membaca mesej dari Faris itu , mukanya mula bermerah padam .
Syafina : eleh, yelah bang. Fina pun rindu abang kalau abang rindu Fina sesangat jum jumpa Fina kat sini esok .
Faris :Boleh ke ?
Syafina : boleh je , cuma kejap je sebab bukan waktu untuk keluarga melawat.
Faris : ohh , ala abang esok busy sampai hari sabtu ni sebab abang ada benda nak buat , ada projek pembangunan baru . tak boleh nak lawat Fina hari sabtu ni .
Syafina : ohh , ala abang busy eh minggu ni?bnyk ke kerja ?tapi abang ada kan ambik Fina masa balik nanti kan?
Faris : Haah , busy gak lah banyak sangat kerja nak kena siapkan . abang esok smpai hari sabtu kena ada kat Seremban , sebab ada projek baru pembangunan kan . mestilah abang ada .
Syafina :ohh, mesti penatkan ?
Faris : biasa lah kerja arkitek .
Syafina : okay Fina faham .
Faris : terima kasih sebab faham abang sayang , abang sayang Fina dunia akhirat .
Syafina : sesama bang , Fina pun syangkan abang . Fina kena buat kerja ni bang , nanti sambung lagi ye bang . Selamat malam abang .
Faris :Ha okay Fina , sorry ganggu . okay syang . selamat malam cinta hati abang .
"Cinta hati ?"tnya Syafina dalam hatinya dengan muka terkejut , dia begitu gembira apabila Faris membalas mesejnya begitu . Syafina pun senyum lebar sambil memusing badannya ke kanan kiri . Dalam senyap , Rabiatul dan Ayunni pun sudah pulang dari kantin . mereka masuk ke dalam bilik dengan senyap sahaja apabila melihat Syafina berpusing -pusing dan bergolek-golek diatas katilnya .
"Hoi !"jerit Rabiatul dan Ayunni sebaik sahaja berdiri dekat dengan katil Syafina .
"Ha?"jerit Syafina dengan terkejut smbil duduk tegak dan membuat muka selamba sahaja seperti tiada apa yang berlaku .
"Awak dah kenapa Fina ?"tnya Rabiatul .
"Ha ? mana ada pape "jawab Syafina .
"Yeke takde apa apa ?hbistuh yang tadi awak asyik bergolek - golek lah kejap mengiring ke kanan kejap mengiring ke kiri tu apa ?"tnya Ayunni sambil duduk disebelah Syafina .
"ada eh ? oh tu saya sahaja exercise "jawab Syafina dengan muka tersengih -sengih .
"Exercise apa kebendanya?hish awak ni dah buang tabiat agaknya "kata Ayunni .
"Hehehehe , mana ada "jawab Syafina dengan tersengih-sengih lagi .
"Ke awak tengah gembira sebab buah hati mesej awak ?"tnya Rabiatul .
"Eh , haha awak ni pandai betul teka "jawab Syafina .
"Hehe , biasa "jawab Rabiatul sambil membuat muka berlagaknya .
"Awak dah ada pakwe eh ?tnya Ayunni .
"Erm memandangkan awak berdua ni teman sebilik saya , merangkap kawan baik saya . saya nak bagitahu awak satu rahsia ni "kata Syafina .
"Rahsia apa Fina ?"tnya Rabiatul .
"Saya sebenarnya dah kahwin , sekarang dah nak msuk 7 bulan lebih saya kahwin "jawab Syafina .
"Haa?kenapa awak tak bagithu saya dari awal lagi ?"tnya Rabiatul dengan terkejut .
"Maaflah , saya bukan saja tak nak bagitahu . saya cuma nak rahsiakan dulu "jawab Syafina .
"Oh , tkpelah "jawab Rabiatul .
"Suami awak tu umur berapa ?hensem tak ?"tnya Ayunni .
"Umur dia dah 27 tahun masuk tahun ni , hensem sangat "jawab Syafina dengan senyuman terindah .
"Ohh , nak tengok gambar dia boleh ?"tnya Ayunni .
"Jap , saya cari gmbr . ni gmbr masa kitaorg nikah "jawab Syafina sambil menunjukkan gmbr nikahnya .
"Wah , awak dengan dia mmg sepadanlah . macam pinang dibelah dua "puji Rabiatul .
"Betul tu Hyun "jawab Ayunni .
"Terima kasih Hyun dan Ayunni "ucap Syafina dengan muka yang malu-malu .
"Patutlah saya tengok dia setiap minggu asyik jumpa awak je "kata Ayunni .
"Hehe, dahlah saya nak buat kerja "jawab Syafina.
"Erm yelah Fina "jawab Ayunni smbil bangkit pergi ke katilnya .

ANDA SEDANG MEMBACA
Pilih kau atau dia?
RomancePilih kau atau dia?,tentang Syafina yang telah jatuh cinta kepada abang saudaranya Faris ,dalam masa yang sama Akief iaitu adik kepada Faris suka kepada Syafina sejak kecil ? . Pelbagai perkara terjadi selepas Syafina jatuh hati kepada Faris ? Satu...