Part 19

42 2 2
                                    

Hari ni ialah hari yang dinantikan para pelajar UITM Shah Alam , kerana mereka akan bercuti untuk cuti semester yang terakhir . Seperti biasa Syafina bakal menunggu ditempat letak kereta yang selalunya Faris memarkir keretanya .
"Mana abang Faris ni?"tnya Syafina sambil melihat ke arah jam ditangannya dan kemudian melihat sekilingnya . Hanya tiga orang pelajar sahaja termasuk Syafina yang belum pulang . Kemudian kereta BMW berwarna hitam memarkir di tempat letak kereta yang selalunya Faris memarkir disitu , Syafina terus mengangkat semua begnya dibawanya ke tempat lain sedang Syafina mengangkat semua begnya pemandu kereta itu terus keluar mengambil beg Syafina yang dipegangnya . Terkejut Syafina lantas dia menoleh ke arah pemandu itu .
"Hey !itu beg sayalah , eh abang ?"terkejut Syafina , rupanya pemandu kereta itu ialah Faris .
"Ye tahu ni beg Syafina , ha terkejut tak ?"tnya Faris dengan tersengih .
"Mestilah terkejut , tiba-tiba ada orang lain ambil beg Fina . mana kereta abang ?ni kereta siapa bang?"tnya Syafina .
"Ni lah kereta abang "jawab Faris .
"Ha ?mana kereta vios abang tu ?"tnya Syafina dengan terkejut .
"Abang dah pulangkan kat tuan dia "jawab Faris .
"Pulangkan?habistuh kereta tu siapa pemilik dia selama ni ?"tnya Syafina dengan terkejut lagi .
"Kereta vios tu abang sewalah , sebab abang ada hantar kereta BMW abang ni kat bengkel sebab kereta ni ada dia punya rosak haritu dah lama dah kereta ni orang tu baiki baru hari ni dapat orang tu siap dibaiki "jawab Faris .
"Ohhhhh , kenapa lambat amik Fina balik ?Fina kata Fina balik pukul 12 tengah hari bukannya pukul 1.15 petang "merungut Syafina .
"Sorry , abang lambat sebab abang nak pulangkan kereta vios tu lepastuh nak kena amik kereta ni ala lambat 1 jam 15 minit je "jawab Faris .
"Yelah yelah "kata Syafina .
"dahlah meh beg Fina lagi satu tu biar abang letak kat bonet , Fina masuklah kereta "kata Faris .
"Okayy"jawab Syafina sambil menghulurkan begnya .

"Kita balik rumah mama eh hari ni ?"tanya Faris .
"Ha okay "jawab Syafina .
"Okay , Fina kenapa macam merajuk je dengan abang?"tnya Faris apabila dia perasan Syafina hanya menjawab sepatah dua kata saja sejak masuk ke dalam kereta .
"Abang ada perempuan lain kan?"tanya Syafina sambil memandang Faris dengan muka marahnya .
"Mana ada "jawab Faris sambil mengerutkan muka .
"Yeke ?haritu ada orang tu nombor private hantar gambar abang dengan Ayreen tu makan bersuap semua ?masa yang abang kata abang ada kat Seremban uruskan tapak projek konon"kata Syafina .
"Eh ?haa memang betul Ayreen ada suap abang tapi sebab dia nak abang rasa mee goreng basah dia tu abang tak nak tapi dia nak suapkan . Abang malas nak gaduh dengan dia yelah sebab kitaorg kan partner dalam projek tu , sumpah abang takde maknanya nak makan bersuap dengan dia "terang Faris sambil mengangkat tangan kanannya .
"Erm betul ni ?"tanya Syafina .
"Iye betul sayang hui "jawab Faris .
"okay takpe kali ini Fina lepaskan abang kalau Fina tahu abang ada mengedik dengan Ayreen ke dengan perempuan lain ke ?siap abang Fina mengadu kat mama "ugut Syafina .
"Okayy , wah dah pandai mengugut dah sekarang ni ?"tnya Faris sambil mencubit pipi Syafina yang tembam .
"Sakitlah bang "marah Syafina .
"abang geram sangat tengok pipi Fina tu haa "jawab Faris sambil mencuibt lagi pipi Syafina .
"dahlah berhenti , nanti merah pipi Fina kang "kata Syafina sambil mengalihkan tangan Faris yang mencubit pipinya .
"Iyelah Fina , jum makan nak Fina ?"tnya Faris yang sedang lapar .
"Makan?jum , nak makan kat mana?"tnya Syafina .
"Yup , tak jauh lagi ada kedai makan kesukaan abang sebab dia punya makanan fuh sedap "jawab Faris .
"Oh , yelah Fina ikut je abang "kata Syafina .

Sampai sahaja di kedai yang dikatakan Faris terus mereka berdua melangkah masuk , sedang Faris mencari meja makan tiba-tiba ada orang menegurnya .
"Hai Faris , wah dapat pun jumpa Syafina "tegur Ayreen yang muncul dari belakang Faris .
"Oh hai Ayreen , hehe . You buat apa kat sini Ayreen?"tnya Faris yang baru sahaja duduk .
"Ni kan kedai makan so I makan tengah hari kat sini lah , takkanlah I tengah gunting rambut pulak ?"jawab Ayreen .
"Ohh ya , you makan tengah hari sorang je ?"tanya Faris .
"Sayang berborak dengan siapa tu?"tanya Fattah yang muncul dari tandas .
"I berborak dengan partner kerja I , ni Faris dan Faris ni Fattah "Kata Ayreen .
"Hai , Aku Fattah boyfriend Ayreen "tegur Fattah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam .
"Ohh "kata Faris sambil membalas salaman Fattah .
"Ni mesti girlfriend kau kan ?dahlah sayang jangan kacau dorang berdua ni nak berdating lah ,jum balik . okaylah bro , aku balik dulu dengan Ayreen "kata Fattah sambil menarik tangan Ayreen untuk balik dan kemudiannya senyum kepada Faris dan Syafina .
"Eh tapi I nakkkk "belum sempat Ayreen menghabiskan kata-katanya Fattah sudah pun menarik tangannya .
"Oh itu boyfriend dia ke ?"tnya Syafina .
"So lepasni tak payah nak cemburu-cemburu eh ?"kata Faris .
"Erm yelah , kata tadi lapar dah pergilah panggil pelayan "kata Syafina .
"Jap,ha itu pun pelayan dah datang "kata Faris .

Pilih kau atau dia?Where stories live. Discover now