Tiga

4.9K 713 28
                                    

Keesokan harinya..

Aku terbangun dari tidur lenaku sebaik sahaja mendengar bunyi alarm dari telifonku.

Aku bangun dari katilku lalu menutup alarm telifonku. Aku mengeliat sepuas hati aku.

Aku masuk kedalam bilik air lalu menguncinya. Setelah aku siap membersihkan diri, aku menyarungkan pakaian kerja aku. Selepas itu, aku menatap mukaku pada cermin bilik air.

Mata aku bengkak kerana aku menangis sepanjang malam semalam. Apabila aku mengenang peristiwa semalam, hati aku serta merta berasa sakit dan terluka.

Dan esok hari persekolahan aku bermula.. aku mengeluh.

Kenapa heolmoni suruh appa masukkan aku kedalam sekolah?? Aku bukannya pandai belajar.. keistimewaan aku hanya membuat coffee je.. takde lebih dari tu.

Aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja aku iaitu cafe Jung Ahjusshi. Memang setiap hari aku menghabiskan masaku di cafe Jung ahjusshi sebab bosan duduk dirumah.

Kalau dulu, ada heolmoni..
Tapi, sekarang aku sesorang.

Aku mengikat rambut coklat hazel aku yang panjang mengurai itu lalu memakai kot hitam aku.

***

Aku melangkah masuk kedalam cafe. Tetiba, Soonmi datang menerjah aku.

"Minjaeee!!! Datang pun!" Teriak Soonmi sambil memegang kedua belah bahu ku.

Soonmi ini adalah anak kepada Jung Ahjusshi. Tambahan pula, dia sebaya dengan aku. So, dia kawan baik aku lah.

"Wae? Ada ramai sangat ke pelanggan??" Soal aku. Mata aku meliar melihat seluruh ruang cafe itu. Memang betul tekaan aku, ramai pelanggan.

"Yess!! Dan paling teruk, dorang nak coffee hasil dari air tangan Cik Minjae kesayangan mereka je!" Kata Soonmi sambil memuncungkan bibirnya itu.

Lagi satu, Soonmi ni kerja sama cam aku iaitu membuat coffee. Tapi, selalunya coffee yang hasil dari air tangan aku yang pelanggan mahu. Jadi Soonmi ni selalu merungut sebab dia asyik tak buat kerja apa-apa kerana mungkin coffee air tangannya tak sesedap dari air tangan aku agaknya?Sudah beberapa kali Jung Ahjusshi suruh Soonmi belajar buat coffee dengan aku.. tapi, Soonmi kata dia malas.. Naseb kau lah Soonmi.

"Alololo, takyah lah muncungkan bibirkau tu.. Nanti Jin cium karang.. aku tak tahu." Kata aku sambil bukak kot aku lalu gantungkan ia pada pengangkut kot.

Soonmi tersengih-sengih bila dengar aku sebut perkataan 'jin'. Buat maklumat korang, si Soonmi ni dah lama simpan perasaan dekat manusia bernama jin ni. Dia merupakan Crush Soonmi di sekolahnya.. Jin tu Manusia tau! Bukan jin mahluk halus tu..

Aku tak pernah jumpa Jin. Tapi, disebabkan Si Soonmi ni selalu sahaja cakap tentang Jin semasa di dapur cafe..aku dah ingat nama Jin tu.. nama sebenar dia, Kim SeokJin.

"Erk ehh! MINJAE! jangan kaitkan Jin aku dalam hal nih!!" Kata Soonmi dengan pipinya mula kemerah-merahan.

"Yelah.. yelah.. kau ni.. bebanyak manusia dalam dunia ni kenapa lah aku pilih manusia bernama Jin tu?" Kata aku dengan poker face.

"Eh! Kau ni, kau tak pernah tengok muka jin~ memang lah!" Kata Soonmi sambil memegang pipinya. Teringat kan Jin lah tu..

"Entah..aku memang tak pernah tengok muka Jin.. tapi, yang aku tahu dia tu manusia kan??" Kata aku sambil tersenyum senget.

Dengan sepantas kilat, satu pukulan hinggap dibahu aku.

"Appoo!! SOONMI!!" Kata aku mengaduh sakit.

"Ha, kutuk lagi jin aku~ padan muka!" Kata Soonmi lalu berpeluk tubuh.

"Haish.. papejelah kau Ni Soonmi.. kalau bergaduh dengan kau ni sampai bila pon tak abes.." kata aku. Lalu terus menuju ke dapur dan mulakan kerja aku.

***

"Coffee siap!!"kata aku sambil menatang sebuah dulang yang berisi beberapa cawan coffee.

Aku menuju ke sebuah meja pelanggan aku.

"Ini coffee Encik dan Cik." Kata alu sambil tersenyum.

"Oh, terima kasih" kata pelanggan itu. Aku tersenyum lalu menunduk 90 darjah.

Aku menuju ke kaunter Pembayaran.

"Huish.. penatnya.. banyak gila pelanggan yang datang harini.." kata aku sambil mengelap peluh yang membasahi dahiku.

"Hurm.. manalah aku tau~" kata Soonmi sambil bermain dengan iphonenya.

"Kau ni asyik curi tulang je kerja. Dah kenapa??" Soal aku. Dia hanya terdiam sambil matanya tak lepas dari menatap iphonenya.

Aku merampas iphonenya itu. Dia menghadiahkan aku death glarenya.

"Yahh! Bagi balikkk!!" Kata Soonmi sambil berusaha mengambil balik iphonenya Namun, tak dapat jugak sebab dia pendek dan aku ni tinggi.

Tringg!! Tringg!!

Ada sekumpulan lelaki masuk kedalam cafe. Dengan secara tetiba, pergaduhan aku dan Soonmi lenyap. Aku dan Soonmi segera menunduk 90 darjah.

"Welcomee to Jung Cafe~"Serentak aku dan Soonmi berkata.

"Eh, awak..?"

Aku berdiri tegak kembali, lalu menatap muka namja yang memandang aku itu.

ChimChim??

Aku menatap muka Namja itu. Aku terkejut. Ianya namja yang aku langgar semalam.

Bukan chimchim..

"Ah.. annyeonghaseyoo.. tak sangka kita berjumpa dekat sini.." kata aku sambil menunduk 90 darjah.

"Korang.. saling mengenali??" Soal Namja sebelahnya yang rambutnya blonde.

"Yeah, dia ni lah yeoja coffee yang jimin terlanggar semalam tu hyung!" kata Namja itu sambil tersenyum padaku.

So, nama dia Jimin??

"Kau kenal Jimin?" Soal Soonmi.

Aik? Soonmi kenal ke jimin??

"Baru je semalam." Kata aku.

"Ehh? Jung Soonmi? Kau kerja kat sini??" Soal seorang lagi namja yang sangat tinggi daripada semua kekawannya.

"ehh? Jin?!" Kata Soonmi lalu tersenyum lebar.

So, inilah jin yang Soonmi tergila-gilakan tu??Boleh tahan hensem dia.. taklah teruk sangat.

"Jemputlah duduk, saya akan ambil pesannan kamu semua!" tawar Soonmi.

Lalu dia terus meninggalkan kaunter dan berjalan bersama Sekumpulan namja yang baru datang tadi.

Aku hanya melihat jimin dari jauh. Memang dia nampak serupa macam ChimChim..

Eh, kejap..

Sapa pulak nak jaga kaunter?! Bertuah punya Soonmi!

***

coffee girl. Where stories live. Discover now