Tiga Puluh Enam

3.3K 545 154
                                    

"Jangan pernah sentuh anak perempuan aku." Kata Puan Kim.

Dia menahan tangan omma. Omma terkejut. Mukanya pucat.

"Macam mana?--"

"Kau ingat aku tak tahu plan kau macam mana?" Kata Puan Kim tersenyum senget.

||Flashback||

Minjoo terduduk dibangku yang disediakan dihadapan sekolah untuk kemudahan pelajar-pelajar.

Matanya meliar mencari kereta Mr Helson. Dia mula merungut dan bercadang hendak mengadu pada omma dan appanya yang Mr Helson tak menjemputnya.

Baru sahaja dia hendak menelifon Ommanya, tetiba.. dia ternampak kereta Mr Helson tak jauh darinya.

Dia tersenyum.

'Naseb kau cepat. Kalau tak, lama aku suruh omma pecat kau. Lelaki tua.'

Minjoo dengan senang hatinya dia meluru kearah Kereta Mr Helson.

Tetiba, dia ternampak Minjae yang masuk kedalam Kereta itu. Mukanya berubah.

"Selamba badak hitam putih berendam dalam lumpur dia je pergi masuk dalam kereta driver aku?!" Kata nya. Dia menghentak kakinya dengan protes.

Tetiba, Minjoo terfikir.

'Jap.. minjae takkan buat camtu.. dia takut dengan aku. Tak mungkin dia selamba je naik dalam kereta driver aku.'

Dia terfikir lagi.

'Mesti ni rancangan omma dan appa lagi.. sebab pagi tadi, Ahjumma and ahjusshi kim datang kat sekolah nak cari Minjae. Jadi..'

Minjoo nampak Kereta drivernya hendak bergerak. Dia lantas memandang sekeliling untuk cari kereta yang boleh tumpang nya.

Tetiba, dia ternampak Gyuri yang sedang masuk kedalam keretanya. Lantas, dia menerpa Gyuri.

"Gyuri!! Help help!! Ikut kereta driver aku tu.. palli!!" Katanya dengan gelabah.

Gyuri hanya menurut.

Gyuri mengekori kereta driver Minjoo. Kereta driver Minjoo itu menuju kerumah Minjoo
sendiri.

'Sah, ni plan omma dan appa'

"Dah sampai, kau nak aku mereput kat sini jeke sampai kiamat?" Soal Gyuri.

Minjoo mengeleng. Dia tersenyum lebar.

"Thank you so much beb. Jasa mu dikenang sampai bebila. Peace!" Kata Minjoo lalu keluar dari kereta Gyuri.

Gyuri hanya mengang kj at bahunya dan menganggap Kawannya itu tersalah ambil ubat vitamin untuk kurus pagi tadi.

Minjoo menyorok belakang semak. Dia nampak Minjae keluar dari Kereta drivernya.

'Aku kena tanya orang tua tuu!' Kata Minjoo. Dia meluru kearah Kereta drivernya.

Minjoo nampak Mr. Helson sedang berada dalam kereta. Lalu, dia mengetuk cermin kereta itu.

Mr. Helson terkejut melihat Minjoo. Minjoo membuat tanda isyarat suruh Mr. Helson bukak tingkap keretanya itu.

Mr Helson menggeleng. Minjoo mengulingkan anak matanya.

Dia berundur kebelakang sedikit lalu menyepak kereta mewah itu dengan kasut tumit nya itu.

"Bukak!!" Kata Minjoo.

Dengan senpantas superman terbang, Mr. Helson membuka pintu tempat duduknya.

coffee girl. Where stories live. Discover now