Tujuh

4.4K 648 65
                                    

Minjae Pov.

aku berjalan menuju ke toilet sekolah. waktu belajar dah mula, So, Sunyi lah hall sekolah ni.

tetiba aku ternampak manusia yang rambutnya orange pekat sedang duduk diatas lantai sambil mengesat mulutnya. bajunya sudah kotor sana sini.

bila aku tengok balik.. tu kan, Jimin?!

aku berlari kearah Jimin. "jimin? apa kau buat kat sini?.. Omo!" kata aku. aku terkejut bila tengok muka Jimin luka sana sini. darah keluar dari mulut.

"minjae? " Soalnya. aku panik. ish, dia ni takkan gaduh agi?

aku segera keluarkan sehelai sapu tangan warna coklatku lalu mengesat darah yang keluar dari mulut Jimin tu.

"kau.. gaduh dengan orang ke Jimin?" soal aku. Jimin diam.

" haish.. kau ni. Takde kerja lain ke? tolong mak lipat baju kat rumah lagi bagus tau tak? kalau buat camni takde dapat faedah mana pun. dapat luka adelah..tgk ni luka kat tangan.. haish.. apa nak jadi ni?" bebel aku macam mak lak.

"Kau ni aku tak pape lah. aku dah biasa." kata Jimin lalu menarik tangannya. Aku mengeluh.

"jom kita ke bilik rawatan okay? meh aku papah kau. " kata Aku. Namun pelawaan baik hati aku itu ditolak mentah-mentah oleh Jimin.

" takpelah, aku boleh jalan sendiri." kata Jimin. Lalu dia jalan meninggalkan aku. aku menuju kearah dia.

"kau ni.. kau lukakan?" kata aku.

Jimin Diam tak berkata. aku dapat rasakan yang dia sedang menahan sakitnya.

Tetiba, dia bengun. Dia berjalan menuju kekelas. Aku mengejarnya.

"kau nak kemana?" soalku.

"kelas." katanya sepatah.

"kau nak belajar ke dalam keadaan kau camni?" Kata aku. Pelik, dia kan sakit.

"Lantak aku lah." Katanya. dia mengesat lagi darah yang mengalir dari mulutnya. ia membuatkan aku lagi risau.

"kau patut rehat, rehat dekat bilik rawatan?" kata aku. Jimin terhenti langkahnya. dia memandang aku dengan riak muka kosong.

dia mendekati aku. "Kenapa? kau risau ke pasal aku?" Soalnya.
risau?

"erh, aku risau lah. Kau berdarah camtu, mana tak nya aku risau." kata aku.

dia menunduk lalu memandang muka aku kembali.

Aku hanya merenungnya. Dan, tetiba dia pusingkan badannya lalu melangkah ke kelasnya.

Jap, tu kelas aku kan?

Aku terus menuju ke Kelas diikuti Jimin. Mrs Yoona yang sedang mengajar terkejut melihat Keadaan Jimin begitu juga pelajar yang lain.

"Park Jimin?! Kamu Gaduh sekali lagi? " kata Mrs Yoona lalu meletakkan buku Geografi yang dipegang olehnya diatas meja.

" Minjae?! kamu pun sama ikut dengan dia juga ke?! " kata Mrs Yoona menerjah aku. terkejut aku dibuatnya.

Baru sahaja aku ingin membuka mulutku, Mrs Yoona dah potong percakapan aku.

" Kelas Tahanan! Sampai Balik!! "

***

Aku dan Jimin menuju ke kelas tahanan. Sekali, aku menjeling sikit Jimin tu. Disebabkan dia, aku terkena sama!! Eishh, dahlah aku baru first day kat sekolah.. Naseb naseb.

Kelas tahanan di block D tak Silap aku.? Sebab Hyomi cakap kat Block D.. Dia cakap Block D ni, jarang orang guna. So sunyi sentiasa.

Setelah beberapa minit, Aku dan Jimin sampai di bilik tahanan. Memang betul pun cakap Hyomi, Sunyi je Block D ni.. seram.

coffee girl. Where stories live. Discover now