Empat Puluh Tiga

3.6K 508 116
                                    

Slumber Party day.

"Baiklah, omma dan appa pergi dulu ya Dear," kata Omma sambil memeluk aku.

"Okay omma.. take care tau.. app jugak" kata aku.

"Okay, Minjae jaga rumah ni elok² tauu~" kata appa lalu mencium dahiku.

"Okay appa!" Kata aku. Aku perhatikan Omma dan appa masuk kedalam kereta mewah mereka itu.

"I love you Minjae!" Kata omma. Aku tersengih.

"I love you too!" Kata aku. Setelah melihat kereta mewah omma dan appa keluar dari kawasan rumah, aku masuk kedalam rumah.

Haihh.. sunyinya.

Aku naik ketingkat atas, lalu bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Aku balik kerja awal harini, dalam pukul 5:30 petang macam tu lah kot..

Aku menyanggulkan rambutku dengan kemas.

Aku mencapai kot hitamku lalu memakainya.

"Maid, saya kena ke kerja. So, jaga rumah ni elok-elok." Kata aku pada Maid rumah.

Maid itu terangguk-angguk. Entah dia paham atau tidak, biarlah.

Aku menyarungkan Kasut converse pada kakiku lalu berjalan menuju ketempat kerjaku yabg tak jauh dari rumah omma dan appa.

***

Aku dahnak sampai di Cafe Jung. Tetiba, pintu cafe Jung dibuka seluas-luasnya.

"KAU PERGI! PENCURI DUIT ORANG LEPAS TU NAK MINTAK MAAF!" teriak Hyomi. Aku terkejut.

Hyomi kalau jerit,orang sekelilingnya pasti dengar.

Aku ternampak ade seorang yeoja terduduk dihadapan cafe. Aku memandang Yeoja itu berulang kali.

Minjoo?

Aku meluru kearah Minjoo. Hyomi baru sahaja nak melempang pipi Minjoo, tapi aku tahan nya.

"Hyomi! Ni kawasan awam lah." Kata aku.

Hyomi merengus marah. "kesah apa aku.. tempat awam ke tak.." katanya.

Aku menolong Minjoo bangun.

"Minjoo, Gwenchana??" Soal aku.

Minjoo terangguk-angguk.

"Hyomi, apa kau buat dekat saeng aku ni??" Soalku.

"Saeng kau? Huh. Dia ni bukan saeng kau kan? Kenapa kau masih lagi cakap yang Dia tu saeng kau?" Soal Hyomi.

"Walaupun aku takde pertalian darah dengan dia, aku tetap anggap dia adik kandung aku.. tak kira apa yang terjadi, Hyomi."

"Huh, dia datang sebab nak mintak maaf dekat Jung ahjusshi." Kata Hyomi. Aku memandang Minjoo.

"Jadi? Kenapa kau halau dia?" Soal Aku.

"Dia tak layak tunjukkan muka dia dekat sini lagi! Dahlah curi duit cafe ni, pastu.. sesenang hati dia je nak mintak maaf " kata Hyomi.

coffee girl. Where stories live. Discover now