Sepuluh

4.1K 588 66
                                    

Minjae Pov.

Aku berjalan masuk kedalam rumah banglo aku. Memang omma dan appa bagi aku tempat duduk. Ni jelah.. Tapi, semua bil rumah ni aku tanggung sejak kematian Heolmoni... Hurhh..

Heolmoni.. Bogoshipeo..

Aku mengunci pintu rumah aku. Lalu, aku terus menuju kearah bilik aku.

Lepas ni.. Nak kerja lagi..

Aku mengeluarkan nafas yang berat. Penat tau tak?

Aku menuju kebilik airku lalu membersihkan diri aku.

***

Selepas sahaja aku mandi, aku terus menyarungkan uniform aku. Aku mengikat rambutku kepada satu ikatan.

Selepas sudah berpuas hati dengan rupa aku, aku terus menuju keluar rumah lalu mengunci pintu rumah.

Aku mengatur langkah aku ke cafe Hyu. (nama cafe yang Minjae berkerja.)

Setelah beberapa minit, aku sampai di cafe hyu. Aku masuk kedalam cafe Hyu itu.

"macam mana first day sekolah?"soal Jung ahjusshi. Aku memuramkan muka aku.

"baik.." kata aku. Aku membuka kot hitamku lalu menyangkut kan ia pada pengangkut.

"wae? Muka muram jee?"soal Jung ahjusshi lagi.

"ehh,takde papelah ahjusshi. Minjae okayyy~" kata aku lalu mengukirkan senyuman kelat.

"hmm, okaylah. Dah, pergi buat Coffee sana. Ada banyak org order ni"kata Jung ahjusshi. Aku hanya akur.

***

Aku membuat bentuk hati dipermukaan coffee yang dipesan oleh pelanggan. Aku memang suka buat camni.

"appa! Mana Minjae?" kedengaran bunyi suara Soonmi.

"ada kat dapur tu haa" kata Jung ahjusshi pula.

Dan sewaktu dengan itu,

"Minjaeee! Mana kau?!"kata Soonmi. Komfem dia nak cakap pasal kat Mall tadi.

"aku kat sini!" kata aku.

Soonmi berlari kearah aku. "minjoo adik kau ke? Kenapa aku tak pernah tau pasal kewujudan adik kau? Kenapa kau tak bagitau? Kenapa dia tampar kau tadi? Kenapa minjae? Kenapaaaa?" dan beribu-ribu soalan lagi dia baling kat aku. Uish, budak ni memang hebat kalau jadi wartawan.

"ye, minjoo tu adik aku.. Tapi, kau tolong jangan bagitau sesapa. Aku taknak pelajar kat sekolah tau yang aku kakak dia." kata aku.

"tak percaya aku.. Kau takde langsung persamaan dengan dia. Kenapa kau tak pernah cakap pasal adik kau kat aku?"kata Soonmi. Aku tergelak.

Takde persamaan?

Memang takde pun.. Banyak perbezaan aku dan Minjoo. Rambut minjoo warna Hitam pekat sejak kecil, tapi aku coklat hazel. Bezakan?

Minjoo memang manja. Yelah, dia kan lahir dengan penuh kasih sayang. Aku? Heolmoni yang curahkan kasih sayang padaku. Kalau takde Heolmoni, agaknya.. Aku dah lama takde kasih sayang.

Buat pengetahuan, aku tak kenal sangat Minjoo. Ya, aku tau dia saeng aku dan aku patut tahu semua pasal nya, tapi tahu sajalah.. Dia pasti akan memaki aku.

"minjae! Kau dengar tak apa aku cakap?" Soal Soonmi sambil melambai-lambai tangannya kearah mukaku.

Aku tersenyum. "aku just.. Tak suka kalau org tahu pasal diri aku. Aku bukannya penting pun." kata aku sambil tersenyum kelat.
Memang aku tak penting pun.

coffee girl. Where stories live. Discover now