Dua puluh lima

3.6K 550 59
                                    

Yang lain tersengih-sengih memandang aku. Soonmi pulak tersenyum lebar sambil menekup mulutnya. Aku hanya terdiam.

Tetiba aku dapat satu idea.

"Sebab.. dia kawan aku lah" kata aku tersenyum senget. Yang lain mendengus. Hyomi pulak membuat muka 'WTF'.

"Okay, aku pulak." kata aku.

Aku memutarkan botol itu dan ia terhenti pada Jimin. Aku tersenyum.

"Truth or dare?"

"Dare"

"Aku dare kau belanja kitorang semua coffee petang ni" kata aku. Semua bersorak gembira.

"Yess yess!! Aku memang merindui letih (latte) kuuu!!" Kata Taehyung sambil bangun. Aku tergelak besar. Letih?

"Yess!! Bagus Minjaee!!"

"Yehuu dapat rasa americano Minjaee one more timee"

Jimin hanya tersengih. Aku memandang Jimin lalu tersenyum senget.

"Okay, okay aku belanja kornag petang ni.. datang kat Café Minjae kerja tau" kata Jimin. Drg semua mengangguk.

"Okay aku mulakan." Kata Jimin. Jimin memutarkan botol mineral tu. Dan ia terhenti pada Taehyung.

"Truth or dare?"

"Aku, manusia bernama Kim Taehyung yang kacak, pandai, kelak--"belum sempat Taehyung nak habiskan ayat dia, dia kena tepuk dengan Jin yang duduk disebelahnya.

"Woi, straight to the point laa" kata Jin. Taehyung tersengih. Kami ketawa.

"Okay, aku pilih dare."

"Aku dare kau pergi baling pemadam papan hitam kat muka Bambam." Kata Jimin. Aku terkejut.

"Yah, mana boleh wat camtu.." kata aku pada jimin.

"Bolehlah" kata Jimin sambil tersenyum jahat.

"Yess!! Yess!!" Kata Jungkook. Dia nampak excited sangat.

Aku hanya duduk diam. Taehyung, nak tak nak kena wat jugaklah.

Taehyung menuju kedepan kelas, dia mencapai pemadam papan hitam yang berhabuk penuh dengan serbuk kapur. Kalau cepuk kat muka orang tu mau jadi duta Qu-Puteh.

Aku memandang Jimin. Jimin hanya tersenyum jahat. Dia memandang kearah Bambam. Takut-takut terlepas part yang dia tunggu-tunggukan ni.

Taehyung mengangkat tangannya tinggi. Dia aim kan pemadam putih itu pada muka Bambam.

Aku tengok Bambam tak perasan yang Taehyung nak baling pemadam papan hitam tu kat dia. Dia sibuk berbual dengan Got7 dihadapan dia.

Taehyung membaling Pemadam papan hitam itu dengan jayanya.

Pakk!!

Sasaran mengena. Tepat-tepat pada muka Bambam.

Satu kelas diam tak berkutik. Hanya BTS sahaja ketawa terbahak-bahak sampai golek-golek kat atas lantai. Ada sampai hantuk-hantukkan kepala dia pada dinding. Kelakar sangat.

Aku nak gelak memandang muka Bambam. Tapi aku tahan. Bambam yang dahulu mukanya hensem tanpa ade cacat cela. Tapi harini dalam sejarah, kita dapat tengok muka Bambam bertepek dengan habuk kapur. Macam makcik kat kampung yang memalam bertepek muka dia dengan bedak sejuk cap ayam.

pelajar2 yang lain ingin tergelak, namun ditahan-tahan. Takut-takut dimarahi oleh Got7.

"Sial. Sapa buat ni?!" Teriak Bambam. Dia menghentak mejanya dengan kuat.

coffee girl. Where stories live. Discover now