Lima Belas

3.6K 562 73
                                    

Debush!!

Jimin ditolak kasar oleh Jaebum. Bola ditangan Jimin dapat dirampas oleh Jaebum.

Dengan pantas, Jaebum menghantar bola itu pada jaringan.

PWWITTTT!!!!

Mr. Kyungsoo meniup wisel.

"GAME OVER! GOT7 MENANG!!"

Semua bersorak gembira. Menakala Jimin masih duduk dalam posisinya tadi.

Semua ahli BTS menuju kearah Jimin.

"Jimin? Kau okay? Kuat sangat ke Jaebum tolak kau tadi?" Soal Yoongi memegang bahu jimin. Jimin mengeleng.

"Aniya, tak kuat sangat.. aku okay." kata Jimin dia lantas bangun lalu pergi. Semua ahli Bts berpandangan sesama sendiri.

"Hyung tak rasa ke Jimin hyung dah berubah? Dia pelikk" kata Jungkook.

"Entah lah Jungkook.." kata Jin menepuk bahu Jungkook.

"Aku rasa sejak perempuan rambut coklat hazel tu masuk.. kan?" Kata Taehyung.

Semua mengangguk. " Sudah la, aku rasa kita lebih baik takyah cakap pasal hal ni, mungkin dia ada hal sendiri." Kata Yoongi lantas bangun dan berlalu pergi.

Mereka semua akur.

***
Minjae Pov.

Semua pelajar perempuan gembira bermain bola beracun. Begitu jugak aku.

Aku berdiri sebelah Raemi, iaitu budak Form 4. Sebaya dengan Minjoo lah. Dia sekumpulan dengan aku kerana sudah ramai pelajar Form 4.

Minjoo pulak dari tadi asyik attack aku, tapi aku tak kena lagi.

Dia baling lagi kearah aku. Aku sempat lagi elak. Kelihatan dia mengetap bibirnya. Geram agaknya?

"Eish, sapa yang baling tadi tu?! Urgh.. nyaris kena rambut aku bola tu!! Aku dahlah baru dye rambut ni!! Isshh!!" Kata Raemi merungut sbil kakinya menghentak-hentak lantai tak bersalah tu.

Tsk, gediknya. Aku harap Minjoo tak macam dia ni.

Raemi mencapai bola tersebut. Dia menghala kearah Minjoo.

Lalu, dia membaling bola itu kearah Minjoo. Sekuat hatinya. Tepat pada masanya, masa itu Minjoo sedang membongkok ingin mengambil bola.

BAM!!

Tersungkur Minjoo dibuatnya. Semua pelajar terhenti bermain. Raemi yang baling tadi menekup mulutnya ketakutan.

"Hahaha Minjoo si diva sekolah jatuh tersungkur laaah"

"Pffttt, kelakar gila scene dia"

"Sapa yang baling tu? Hahak aku tabik hormat lah kat dia."

Aku terasa ianya kelakar juga, tapi aku tidak gelak. Kerana dia adik aku.

Menakala, semua pelajar ketawakan Minjoo.

Minjoo memaling kan mukanya pada aku. Mukanya merah.

"DIAM!!!" Teriak Minjoo. Tak sampai satu saat, semua dah senyap sepi.

"KAU!" kata Minjoo sambil menunjuk jari telunjuknya padaku.

Aku terkejut. Aku? Tapi, Raemi yang baling tadi!

Minjoo mencapai sebiji bola. Lalu dia baling sekuat hatinya padaku. Kali ni, aku kaku.

Buk!

Bola itu terkena kaki aku yang luka itu. Aku jatuh hampir mencium lantai. Kaki aku pedih tak terhingga.

Aku terdengar bunyi derapan kaki, aku menoleh. Kelihatan Minjoo terpacak depan aku sambil mukanya marah memandang aku.

coffee girl. Where stories live. Discover now