Pada suatu petang, ketika awan mendung mula berarak menuju ke timur, Azroi dan Saad mencapai tombol pintu dan membuka pintu dengan penuh rasa kasih dan sayang untuk keluar mencari sejemput makanan untuk perut yang meronta-ronta kelaparan, mereka berdua seiring berjalan menuju ke lif untuk turun ke bawah. Ye lah kalau nak turun tangga nanti kedua duanya tercungap dengan berat badan yang obesiti itu.
Sedang menunggu lif turun ke tingkat sepuluh, Azroi mengatakana sesuatu kepada Saad, "aku ingat aku nak makan nasi bujang lah, sebab nasi kahwin takda telur, aku suka telur" Saad mula mengsyaki sesuatu yang tidak sihat tentang Azroi. Lalu Saad bertanya, "kenapa hang suka telur? Aku lebih prefer makan karipap panas kalau cuaca sejuk macam ni" Azroi tanpa rasa segan dan silu terus berkata "Aku tak sangka hang ni bukan kawan yang baik" tetap Saad tidak mengedahkan kata kata Azroi kerana perutnya sedang lapar. Lif masih lagi berada di tingkat 18, oh sebelum itu, Azroi dan Saad tinggal dia sebuah kondominium yang mewah tetap hidup mereka hanya sederhana kerana mereka sering ingat akan pesanan kedua orang tua meraka "nak, kalau banyak duit nanti, jangan membazir, tak cukup sekupang tak boleh pergi umrah nak" kata kata pesanan ini sering kali terngiang ngiang dalam fikiran Saad dan Azroi, dan segala yang dipesan sentiasa di ikuti. Contoh anak soleh yang sering mengingati apa yang di pesan oleh kedua ibu bapa, tapi ada kalanya mereka terlupa apa yang di pesan. Sebagai contoh, zina mata. Ibu bapa mereka seringkali berpesan jangan tengok orang yang bukan muhrim terlalu lama. Lagi lagi di bahagian yang boleh membuatkan nafsu berkata kata "emmdapnyee".. Sebagai manusia yang lemah, mereka perlu akur bahawa nafsu itu penyeri kehidupan. Apa yang aku taip ni? Allahu..
YOU ARE READING
Kucing jalanan
RandomCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.