Selfie bersama kucing

43 0 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 3 pagi, Saad tidak dapat lelapkan mata lalu dia mencapai iphone 6s yang baru dibelinya menggunakan duit ptptn. Yaa duit kerjaan. Sesudah mencapai phone, Saad membuka aplikasi instagram dan terus menekan butang like ke setiap gambar perempuan yang di follownya. Hanya perempuan sahaja yang menjadi pilihan, walaupun Azroi sendiri kawan baiknya, namun Saad tidak pernah follow Azroi di instagram, perangai Saad umpama kera dapat bunga, yang bermaksud kera kalau dapat bunga dia terkinja kinja.. Selasai sudah mencuci mata di instagram, Saad terasa nak shishi (kencing) lalu dia bangun sambil memakai kain pelikat keluar dari pintu bilik, dalam keadaan ketakutan memikirkan kucing yang berada di dalam rumahnya itu, Saad terus berlari menuju ke tandas, selepas sahaja selesai menunaikan hajat, Saad pergi ke ruang tamu untuk melihat kucing itu. Dan.......

Tiba tiba....................

Kucing itu hilang dari pandangan Saad, Saad mula resah dan mencari kucing itu, tiba tiba kedengaran bunyi meow dari arah dapur, Saad mencari dan ternampak kucing tersebut sedang tidur di sebelah tong gas petronas yang berwarna hijau. Iya belum wujud lagi tong gas petronas kaler pink, kalau ada barangkali anda bermimpi. Azroi bangun dan menyapa Saad dari belakang..

"Weh ad hang buat apa tak tidoq lagi ni?"
"Aku bangun kencing tadi, lepas tu aku cari kucing tu dia hilang, rupanya dekat sini"
"Hang dengan kucing hang boleh mereput lah ad oi"

Dan Azroi terus beredar masuk ke bilik untuk sambung tidur.. Saad masih lagi berada di dapur bersama kucing tersebut, Saad mula memikirkan sesuatu yang bernas...

"Kalau aku selfie dengan kucing upload dekat insta pun okay jugak ni, perempuan sekarang kan suka laki yang manja dengan kucing.. Fuh"

Ternyata otak Saad begitu geliga sehinggakan dia mampu berfikir bagaimana untuk menambat hati gadia gadia di luar sana. Saad mula berselfie dengan kucing tersebut dan satu gambar telah diupload di dalam instagram. Saad mahu tidur, Saad beredar dari dapur dan menuju ke bilik untuk masuk tidur dan meninggal kucing itu di dapur bertemankan tong gas petronas..

Kucing jalananWhere stories live. Discover now