Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir satu jam dari Shah Alam. Azroi dan Saad menghabiskan masa mereka di dalam kereta bermain dengan Tam. Tiba di satu simpang berhadapan lampu isyarat, Azroi yang memandu kereta terpaksa berhenti kerana lampu menunjukkan merah. Di sebelah kereta mereka ada sebuah kereta kancil turbo yang dipandu oleh seorang gadis yang jelita.. Mata Saad terus memandang gadis tersebut sambil memegang Tam, gadis tersebut tersenyum memandang ke arah mereka..
Lalu saad menurunkan tingkap dan melambai gadis itu.. Gadis itu juga menurunkan tingkap lalu berkata "comelnya kucing tu" Saad terus berasa sayu dan hampa. Tanggapannya salah, Saad beranggapan bahawa gadis itu mahu berkenalan dengannya. Rupa rupanya Tam yang menjadi perhatian. Ternyata kucing berjaya menarik minat dan pandangan gadis gadis di luar sana selain barang barang makeup..
Dan akhirnya mereka sampai di klcc, Saad dan Azroi membawa Tam berjalan jalan dan Tam nampak sangat selesa bersama mereka berdua.. Saad dan Azroi mula menyayangi Tam dan mereka membuat keputusan untuk menjaga Tam bersama mereka. Kucing dan manusia saling melengkapi walaupun manusia ada iras iras beruk tetapi kucing tetap menjadi haiwan paling disayangi.
Sedikit pesanan dari saya, janganlah kita mendera atau memukul kucing kerana kucing adalah haiwan yang Nabi bela sejak dahulu kala.. Sayangi kucing seperti mana kita menyayangi diri sendiri dan bukan menyayangi pasangan... Sekian..
YOU ARE READING
Kucing jalanan
RandomCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.