Sambil memerhati antara satu sama lain, lif sudah sampai di tingkat 10 dan setelah pintu lif terbuka, Azroi dan Saad terus terdiam dan mata mereka mula memerhatikan pada satu objek berada di dalam lif tersebut, objek tersebut bukannya cecair, pepejal mahupun keropok moni, tapi ianya adalah satu makhluk Tuhan yang begitu indah untuk ditatap, mempunyai dua mata yang bulat, hidung yang tinggi setinggi menara berkembar petronas, bibir yang seksi seperti bibir Ning Baizura dan kulit muka yang begitu licin seperti tisu tandas.. Sungguh nikmat untuk dipandang sehinggakan Azroi dan Saad tak mampu untuk berkata dan hanya mampu berkata kata di dalam hati "adakah ini cinta?" Mereka terus masuk ke dalam lif dan mula mengeluarkan kata kata hipokrit dari mulut masing masing, Azroi betanyakan kepada Saad "nanti solat maghrib dekat masjid mana weh", lalu Saad dengan penuh bangga mengatakan "aku solat dekat masjid negara sebab lepas solat ada usrah dengan budak budak masjid" betapa hipokritnya kedua dua hamba Allah ini bila di hadapan seorang wanita yang begitu ayu. Tetapi di belakang meraka ada seorang lelaki yang tampan dan sado, mereka tidak pedulikan lelaki tersebut kerana adanya permandangan yang lebih indah di dalam lif. Selang beberapa saat, perempuan itu bersuara, dan megatakan sesuatu kepada lelaki yang berada di belakang Saad dan Azroi, "abang, sayang lapar sangat ni, kita makan nak makan dekat mana eh kejap lagi?" Sebaik saja mendengar suara itu, perasaan Azroi dan Saad terus berubah, hancur, remuk, punah... Seperti di langgar lori sampah. Korang boleh bayangkan tak perasaan tu? Aku sedang bayangkan ni, menangis mengalir air mata kesedihan. Tapi bagi Azroi dan Saad, bunga bukan sekentum. Walaupun mereka takda rupa, seorang macam tapir, lagi seorang macam tenuk, tapi mereka percaya jodoh ada di mana mana..
Sebaik sahaja lif tiba di tingkat 1, mereka melangkah keluar dengan kaki kanan kerana dan diikuti dengan kaki kiri. Yelah sebab kaki ada dua, satu kanan satu kiri, kalau tk mula dengan kanan, mula dengan kiri dahulu.. Mereka mula memikirkan kedai mana yang hendak dituju untuk menjamah perut yang lapar.. Azroi mencadangkan untuk makan di mamak tapi dibantah sepenuhnya oleh Saad kerana bagi Saad makan di mamak tidak membantu bangsa Melayu untuk maju. Bernas betul pemikiran Saad kalau nak dibandingkan dengan Azroi, lalu mereka pergi ke kedai Abe di penjuru block rumah mereka, setelah sampai di kedai abe, seorang budak yang tidak dikenali datang untuk mengambil pesanan, lalu Azroi bertanyakan kepada budak itu " dik, chicken chop ada?" Budak itu dengan pantas menjawab "bang, nak chicken chop pi tempat lain lah, sini makanan melayu ja" setelah mendapat jawapan sebegitu rupa, Azroi mengetahui bahawa budak itu seorang yang lurus bendul dan tak kenal erti bergurau senda. Lalu Saad bersuara "dik, mintak maaf lah dik sebab kawan abang ni banyak minum ketum, otak dia pun tk normal dah" tanpa melengahkan masa, Azroi memesan nasi putih berlaukkan telur dadar dan kailan ikan masin dan Saad pulak memesan nasi gorang village (kampung).
YOU ARE READING
Kucing jalanan
RandomCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.