Keesokan harinya, tepat jam 6.30 pagi, jam loceng Azroi berdering, tandanya mereka perlu bangun untuk menunaikan solat Subuh, tetapi jam hanya berdering, Azroi langsung tidak mengendahkan deringan jam tersebut, namun Saad terlalu peka dengan deringan jam lantas dia bangun serta merta dan menyapa Azroi..
"Roi, bangun roi, subuh dah ni, mak aku cakap siapa bangun lambat subuh dia anak jin, mak hang tk jin kan?"
Mendengar kata sedemikian rupa, Azroi terus bangun tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan dan terus menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk sementara Saad masih lagi di dalam bilik menyarung kain pelikat Gajah Duduk yang di beli di Pulau Langkawi. Saad keluar dari pintu dan menuju ke dapur untuk mencari Tam (nama kucing itu) dan Tam masih lagi tidur di sebelah tong gas petronas manakala Azroi sudah siap sedia menunggu Saad untuk solat berjemaah.
"Ad, hang lambat lagi ka? Ka hang nak solat dengan kucing tu? Nk suruh dia jadi imam? Kalau nak aku imam cepat sikit"
Fuhh dalam betul kata kata yang dilemparkan dari mulut seorang Azroi. Saad terus tersentap dan cepat cepat mengambil wudhuk. Di mulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, Azroi dan Saad sudah selesai menunaikan solat Subuh dan seperti biasa, rutin harian mereka di pagi hari, Azroi akan turun ke bawah mencari sesuap makanan untuk dijamah, selalunya nasi lemak menjadi pilihan, sementara itu Saad tunggu di atas sambil menyiapkan kopi o untuk minum pagi bersama. Sedang khusyuk membuat air, kedengaran bunyi notification dari iphone Saad, masuk bertubi tubi dan Saad terus berlari mencapai phone dari dalam bilik, cuba korang teka kenapa banyak noti masuk???????
Ternyata rancangan Saad menjadi! Gambar selfienya semalam bersama Tam mendapat sambutan para gadis. 2000 like dan 3000 komen yang ditinggalkan pada gambar itu... Antara komen komen yang ditinggalkan
"Bae betul awak ni Saad :)"
"Ahh comelnya awak dgn kucing tu"
"Walaupun tk handsome tp ada kucing terus handsome"Antara komen komen yang geli untuk dibaca tetapi ianya semua dari hasil titik peluh Saad yang begitu gigih untuk menambat hati para gadis di luar sana. Azroi masih lagi di bawah, mencari nasi lemak, sukar untuk dia dapatkan nasi lemak kerana pada hujung minggu, peniaga mengambil cuti dan tidak berniaga. Sedang berjalan sambil menoleh ke kiri dan kanan, Azroi nampak di hujung jalan ada satu kedai yang buka, dengan cepat dia berjalan menuju ke kedai itu dan memesan.....
"Makcik, nasi lemak kerang dua bungkus"
"Dik, kerang dah habis, tinggal siput sedut ja, nak?"
"Takpalah makcik, nasi lemak biasa ja sebab saya tk reti sedut sedut ni"Power betul Azroi berkata kata, nasi lemak dicapai dan dibayar, lalu Azroi terus berjalan ke block rumahnya, perutnya sudah tidak tahan untuk menahan lapar.. Dalam otaknya sekarang hanya memikirkan nasi lemak yang dipegangnya..
YOU ARE READING
Kucing jalanan
CasualeCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.