Penemuan Tam

54 0 0
                                    

  Sambil menunggu makanan sampai, Azroi dan Saad berbual tentang masa depan mereka, Azroi seorang pelajar ijazah sarjana mud korporat komunikasi di Universiti Selangor darul roundabolt manakala Saad pulak seorang pelajar ijazah sarjana muda perfileman di uitm.. Saad bercita cita hendak menjadi seorang pelakon seperti Farid Kamil walaupun dia tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan, dia tetap mahu menjadi seorang pelakon, katanya kalau jadi pelakon nanti dia akan menjadi lebih terkenal, Azroi pulak bercita cita menjadi seorang penagih dadah tapi semua itu semasa dia berumur 11 tahun, kini dia berazam untuk mejadi seorang mukmin yang berjaya dalam bidang komunikasi.. Kedua duanya diam sambil menunggu makanan dan Azroi mengatakan sesuatu kepada Saad "weh saad, aku bosan lah dengan hidup aku, dapat kawan macam hang tak best langsung, hidup hang dengan phone ja" lalu Saad menjawab "lagi mulia hidup aku dengan phone dari hang tu 24jam sembang pasal makwe hang yang belum tentu jadi isteri hang" Azroi terus terdiam, sambil memandang awan yang telam hitam menandakan masuknya waktu isyak bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Setelah 10 jam berlalu, ya maafkan saya, 10 minit yang berlalu, makanan telah pun sampai, lalu Saad mentelaah nasi goreng village yang dipesan olehnya, ada sedikit ikan bilis dan jugak ayam yang dipotong kecil kecil dimasukkan ke dalam nasi goreng tersebut. Saad bermonolog dalaman dengan mengatakan "sikitnya lauk, sepatutnya ayam dia letak sekoq ikan bilis dia letak sekilo" yaa Saad memang seorang yang tamak, lalu Azroi menyapa "hang pasepa ad dok tenung nasi tu?" Saad menjawab "lauk dalam ni sikit lah weh" Azroi terus hilang sabar dan mula berkata "ad, dekat Palestin sana depa tak makan macam kita tau dak, hang kena bersyukur dengan apa yang ada, depa dekat sana hari hari makan bom, hang nak makan bom? Hang nak tidoq atas tanah?" Saad terus terdiam dan mula menjamah makananya. Sedang asik makan, datang seekor kucing berwarna hitam putih menempel di tepi kaka Azroi, Azroi menguis kucing tersebut kerana Azroi tidak selesa, Saad pulak suka akan kucing dan dia memanggil kucing tersebut dan memberi ayam yang ada di dalam nasi goreng village. Kucing tersebut makan tanpa membaca bismillah dan dalam sekelip mata, ayam tersebut telah arwah di dalam perut kucing tersebut. Sambil menjamah makanan, Saad bermain dengan kucing tersebut dan Azroi mula naik berang " Ad, letak kucing tu dekat bawah, bulu dia tu nanti masuk dalam nasi aku, tolong hormat aku yang tengah kelaparan ni boleh tak?" Lalu masa yang ditunggu tunggu telah tiba, Saad terasa berdendam setelah dibasuh dengan kata kata Azroi sebentar tadi, dan Saad terus membidas Azroi "roi, hang tau dak kucing ni pun makhluk Allah? Dia pun nak makan macam kita, dia pun nak merasa apa yang kita rasa. Cikgu hang dulu tak ajaq sivik ka? Yesss!! Azroi terus terdiam tanpa kata sambil memandang sudu dan garfu..

Kucing jalananWhere stories live. Discover now