20 minit berlalu dan mereka telah menghabiskan makanan tersebut lalu Azroi dan Saad tersentap seketika kerana mereka tidak lagi menunaikan kewajipan yang perlu ditunaikan iaitu solat isyak. Kedua duanya bangun dan hendak menuju ke surau, lalu Azroi tersedar yang mereka masih belum membayar makanan yang telah di makan, Azroi berkata "weh saad, hang sibuk dengan kucing tak cukup bulu tu hang tak sedaq ka kita makan tak bayaq lagi?!" Saad terus berlari menuju ke kaunter untuk membayar makanan dan tidak lupa juga kucing tersebut turut pergi ke kaunter untuk sama sama menolong Saad untuk membayar makanan. Pelik atau tidak, kucing itu berperangai seperti manusia, cuma satu sahaja yang dia tidak mampu buat, mencarut seperti manusia. Selesai sahaja membayar, Azroi dan Saad terus bergegas menuju ke surau untuk solat isyak, mereka meninggalkan kucing itu di kedai makan, Azroi dan Saad sama sama mengambil wudhuk untuk menunaikan solat, selesai mengambil wudhuk, Azroi mahu solat bersendirian lalu Saad menyapa "weh, solat jemaah lah, lagi banyak pahala kita nanti" Azroi membalas "sapa nak jadi imam? Hang ka aku?" Saad diam sambil memerhati kipas siling dan lampu kalimantan.. Masing masing tidak percaya dengan diri sendiri tetapi kedua duanya mampu menjadi imam, Azroi duhulunya seorang hafazan dan Saad pulak tekong nasyid di sekolah masing masing. Tapi itu cerita dulu, dulu dulu kan dah habis, cerita sekarang siapa yang akan jadi imam??
Azroi dengan penuh keyakinan diri menuju ke hadapan dan menjadi imam.. Saad sebagai makmum.. Setalah selesai menunaikan kewajipan, mereka bergegas keluar dari surau dan kedua duanya terkejut kerana ada satu lemabaga hitam di hadapan surau, bukan hantu, bukan jembalang dan juga bukan Dato Vida, tapi ianya kucing tadi, kucing yang berada di kedai makan tersebut menunggu Saad dan Azroi di hadapan surau. Saad memegang kucing tersebut sambil berkata "meoww meowww alolololo comelnya" dan Azroi memandang sinis.. Saad mahu membawa kucing itu pulang tetapi Azroi tidak benarkan, lalu Saad berkata kepada kucing tersebut "tam, tam jaga diri tau, abang ad tak boleh bawak tam balik sebab abang roi marah, tam kalau lapaq naik lah rumah abang tingkat 10" Saad berkomunikasi dengan kucing tersebut seolah olah kucing itu faham apa yang dikatakan olehnya. Bangang betul seorang Saad. Lalu mereka meninggalkan kucing tersebut dan menuju masuk ke kawasan rumah mereka sambil menekan butang lif dan menunggu lif untuk turun...
Sedang menunggu lif, tiba tiba kedengaran bunyi "meoww" yang terlalu dekat dengan telinga mereka, Saad dan Azroi menoleh ke kiri dan ke kanan, tetapi tidak ada kelibat seekor kucing pun di situ. Lalu Azroi dan Saad mula takut lalu Azroi berkata "ad, kucing tadi tu lain macam ad, aku dah agak ad, cara dia pandang hang tadi pun aku dah syak dia tu jelmaan ad" Saad terus menyekeh kepala Azroi dan berkata "dungu betoi hang ni, otak macam budak tadika, kecik kecik dulu banyak makan rumpai laut ka apa?" Dan tiba tiba, kucing itu muncul dari belakang Saad! Dan Saad terus berkata "haii tammm!!!"
YOU ARE READING
Kucing jalanan
RandomCintai kucing seperti mana engkau mencintai kekasih sendiri kerana kucing itu bukan untuk dibenci, tapi untuk dikasihi.